Tuesday 5 August 2014

Kulit Cantik Semulajadi Dengan Vitamin C Shaklee


Setiap wanita inginkan kulit yang cantik,gebu dan cantik berseri.Sememangnya lumrah alam bagi setiap wanita ingin cantik sehinggakan sanggup berabis ratusan ringgit untuk cantik.Bagi yang berduit sanggup ambil suntikan vitamin untuk cantik.Bagi mendapat kulit cantik anda seharusnya mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat,rajin bersenaman dan pengambilan pemakanan yang tinggi dengan protein.Anda juga boleh amalkan makanan tambahan seperti vitamin c dari Shaklee yang dapat membekalkan vitamin c dalam badan.

Apakah Perbezaan Vitamin C Shaklee Dengan Vitamin C lain?

 Ia merupakan vitamin c pertama yang natural dan bertindak secara 'Sustained Release' yang bertindak secara perlahan bagi memenuhi keperluan tubuh selama 24jam.

Mengandungi rumusan unik bagi membenarkan vitamin c dilepaskan secara perlahan dan berterusan selama 5jam.Satu tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg iaitu bersamaan 7biji setengah oren.

Vitamin C Shaklee juga membekalkan 'Bioflavinoid' dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg.Bioflavonoids bertindak meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebahagian daripada suplemen vitamin c (bagi mengelakkan salur darah runtuh/bocor,meningkatkan fungsi vitamin c,untuk elakkan vitamin dari cepat teroksida dan merosakkan sel)



Apakah kebaikan Utama Vitamin C Shaklee?

  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kalogen seperti dalam sebatian asas otot,tisu,gusi,rangka dan tulang rawan
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan gusi berdarah,lebam pada kulit,bila cedera lambat pulih,kulit menjadi kering,ruam-ruam dan kulit menjadi kasar.
  • Meningkatkan Sistem Imun -  Pengambilan vitamin c yang seimbang dapat membina sel darah merah yang sihat bagi penyerapan zat besi yang baik,membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, meningkatkan sistem imun,memperbaiki pemulihan alergi hidung,kulit dan asthma dan juga mengurangkan simptom selsema.
  • Mengelakkan Kanser - Vitamin ini merupakan satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa,dapat meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dari merebak dan membuang kimia yang berbahaya dalam tubuh.Ia juga dapat menghapuskan radikal bebas dari meyerang sel-sel badan kita.
  • Kecantikkan kulit - Pengambilan vitamin C setiap hari dapat menjadikan kulit cerah,melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen (punya jeragat)
  • Memperbaiki Insomnia - Membaikpulih insomnia,stress yang berkaitan dengan masalah keresahan.
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat - Pengambilan Vitamin C juga dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis,thrombus,menghalang pendarahan dalaman,hidung berdarah,pendarahan serebral dan skurvi.
Tahukah Vitamin C Boleh Buat Masker?


Anda boleh mencuba sendiri dan rasai kelebihannya.Saya sendiri pun mengamalkannya.Antara kelebihan masker ini :

  • Dapat merangsang penghasilan kolagen dari dalam kulit
  • Ia juga dapat menegangkan kulit muka yang kendur
  • Dapat mengecutkan jerawat pada muka
  • Selain itu dapat mencerahkan muka dan nampak sekata tidak berminyak
  • Boleh menyegarkan wajah sentiasa ceria tidak nampak kusam.

Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit



1. Perlindungan Dari Matahari

Tahukah anda Vitamin c dapat melindungi kulit dari radikal bebas?Radikal bebas terhasil dari kesan berjemur pada cahaya matahari,pencemaran udara dan kesan merokok.Antioksida yang terdapat dalam vitamin C dapat melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan pendedahan pada cahaya matahari.

Vitamin ini juga dapat mengurangkan kesan sun burn yang disebabkan oleh radiasi ultra ungu yang boleh membawa kepada penyakit barah kulit untuk jangka masa panjang.

2. Penghasilan Kalogen

Kalogen terdiri daripada komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, merupakan 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kalogen.Komponen tersebut menjadikan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.Kekurangan kalogen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya.Kalogen berfungsi melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

3. Penyembuhan Luka

Vitamin C yang diambil oleh badan berfungsi mengantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat.Kekurangan vitamin C menyebabkan luka lambat sembuh.Vitamin C juga meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk untuk penyembuhan yang cepat.

4. Melindungi Dari Perubahan Warna Kulit

Vitamin C juga dapat melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang boleh menyebabkan tumor,perubahan pada warna kulit dan beberapa jenis barah kulit.Ia juga berfungsi mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca penghasilan melanoma atau dikenali sebagai masalah kulit.

Vitamin ini juga dapat mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan,membantu kelihatan lebih muda dan kulit menjadi lembut.

5. Memperbaiki Tekstur Kulit

Kalogen juga berfungsi menghasilkan struktur saluran darah yang baik manakala vitamin c membantu sistem aliran darah.Bagi mendapat kulit yang sihat mesti pastikan saluran darah yang berada di bawah kulit membawa oksigen dan nutrien berfungsi dengan baik.Kekurangan vitamin c menyebabkan kulit menjadi kasar dan kering.Anda juga digalakkan menggunakan krim yang mengandungi vitamin c untuk memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Vitamin c juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan,melindungi dan memulihkan sel kulit.Vitamin juga dapat mengekalkan kelembapan,tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit menjadi gebu.

Selain untuk kulit cantik vitamin c juga baik untuk badan dan rambut.Vitamin C shaklee dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.Ia bermaksud proses dimana ia diformulasikan khas agar dapat melepaskan secara perlahan-lahan dan dijamin penyerapan vitamin diantara 3 hingga ke 6 jam.Ia adalah larut air.Bagi yang mengambil Vitamin C harus pastikan minum air 3 liter sehari bagi mendapatkan hasil yang cepat.

Dapatkan Vitamin C Shaklee anda hari ini dengan


atau terus klik pada icon di  bawah


No comments:

Post a Comment