Saturday, 28 June 2014

Kenali Teknik Bernafas Waktu Pelahiran


Pernafasan yang bagus memainkan peranan penting sewaktu berada dalam fasa pelahiran.Selain membantu kelangsungan proses bersalin,pernafasan yang lancar dapat mengelakkan otot daripada mengalami ketegangan atau kekejangan.Jika tidak,ia akan menggugat proses meneran apabila ketika tiba saat itu,anda sudahpun keletihan.

Pernafasan yang lancar akan membuatkan anda memberi tumpuan kepada pernafasan dan bukannya terhadap kesakitan yang seakin kerap dialami.Antara lain,anda dapat memaksimumkan bekalan oksigen di mana ia baik untuk diri anda sendiri,bayi dan otot-otot yang berkait lansung dengan proses kelahiran.

Ketahuilah bahawa apabila anda tidak bernafas dengan baik,ia akan mencetuskan suatu keadaan yang dikenali sebagai pernafasan panik.Apabila bernafas terlalu pantas,ia akan menyebabkan hyperventilation. Hal ini berlaku kerana terlalu banyak karbon dioksida dikeluarkan yang akhirnya menjadi punca anda mengalami pening dan kebas di mulut serta jari-jemari.Langkah terbaik bagi mengatasi masalah ialah dengan menekup mulut menggunakan beg plastik atau tangan sendiri,seterusnya menghidu karbon dioksida perlahan-lahan.

Pendapat dari Dr.Siti Esah mengalakkan setiap ibu hamil mengikuti kelas antenatal terutama bagi mereka pertama kali jadi ibu.Ibu hamil harus pastikan kelas antenatal ada menyentuh aspek pernafasan.Pada masa yang sama ,adalah lebih baik jika anda menghadiri kelas tersebut bersama-sama suami agar dia dapat mengajar teknik pernafasan yang betul ketika anda sedang menghadapi kontraksi kelak selain sokongan moral.

Kurang Oksigen
Kekurangan oksigen sepanjang proses bersalin berlangsung boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada diri anda malah kepada bayi.Banyak komplikasi yang bakal dihadapi kesan daripada tindakan tidak bernafas dengan cara yang betul.

Kesan negatif pada ibu termasuklah otot rahim tidak berfungsi dengan baik.Malah ia turut mengakibatkan penghasilan oksitosin berkurangan.Oksitosin sangat penting untk kontraksi rahim.Jadi,jika anda tidak bernafas dengan lancar,ia boleh merencatkan proses kelahiran.Kekurangan oksigen juga boleh menyebabkan denyutan jantung bayi terjejas.

Teknik Bernafas
Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa.Biarpun,anda mempelajari pelbagai jenis pernafasan dalam kelas antenatal,pilih satu teknik yang bersesuai dengan keadaan diri anda ketika dalam bilik bersalin.
  1. Peringkat Awal (early labour) - Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali.Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali.Dalam pada itu,hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.
  2. Peringkat Aktif (active labour) - Ketika sakit bertambah kuat,hela nafas terlebih dahulu.Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas.Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam.Pada kemuncak kontraksi,pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu.Setelah kontraksi beransur hilang,bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.
  3. Peringkat Transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pengkal rahim belum buka sepenuhnya) - Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.Lakukan pernafasan panting namun jangan teran pada punggung.Sebaik-baiknya panting-panting-hembus
Teknik Betul Meneran
Bayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar.Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok.Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil.Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan doktor dan jururawat.Bila berlaku kontraksi,tarik nafas lalu meneran selama boleh.Dalam satu kontraksi anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali.Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka.Jangan sesekali mengangkat punggung kerana ia boleh menyebabkan koyak yang besar.Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat.Teran perlahan-lahan untuk mengelakkan koyak teruk.


No comments:

Post a Comment