Wednesday, 18 June 2014

Kelebihan Vitamin C Shaklee


Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12jam dan dalam tempoh waktu tersebut vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.

Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh badan yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protien penting yang melindungi tulang rawan,tendon,ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka,mambaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.

Apakah Manfaat Utama Vitamin C Shaklee?
  • Membentuk Kolagen - Merangsangkan pembentukan kolagen.Kolagen ialah sebatian asas otot tisu,gusi,rangka dan tulang rawan.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah,lebam,dikulit,lambat pulih dari kecederaan,kulit kering,ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik,membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung,kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi Kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsangkan pengeluaran T-Cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah,melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi.Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia,stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung,pendarahan serebral dan skurvi.
 Kekurangan Vitamin C
  1. Mudah tertekan/Stress - sering letih dan lemah
  2. Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik,tapak kaki keras dan kasar dan luka yang lambat sembuh
  3. Mudah selsema/bersin
  4. Wajah nampak tua dari usia (vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
  5. Mudah dapat ulser
  6. Mudah demam/antibodi tidak kuat
  7. Gusi berdarah
  8. Salur darah mengecil
  9. Sakit sendi
  10. Tanda lebam pada badan
  11. Weight loss (Bukan kurus sihat tapi kurus yang tidak sihat,lemah dan kusam)
 Siapa perlukan Vitamin C?
  • Perokok
  • Orang yang mudah stress (stress akan memusnahkan vitamin D dalam badan)
  • Orang yang makan pil perancang (pil perancang juga kan serap vitamin c dan akibatnya vitamin c musnah dalam badan)
  • Orang yang nak cantik kulit atau yang ada masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vitamin c untuk membina kolagen kulit yang sihat dan perbaiki tisu kulit.
  • Semua orang yang inginkan kesihatan yang baik sebab vitamin c menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan demam selsema yang berpanjangan.Sebab itu dalam set family wellness ada termasuk vitamin c antara vitamin yang perlu diambil untuk semua orang kerana vitamin c bersifat larut air.
 Amaran
  • 1 Batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C
  • Keresahan/stress akanpercepatkan penyusutan vitamin C
  • Kontraseptif,pil penahan sakit dan pil perancang antara pil yang akan menyusutkan vitamin C yang banyak
  • Terlebih dos vitamin C (melebihi 12 biji sehari) akan menyebabkan sedikit cirit-birit.
Testimoni Pengguna Vitamin C



Selain itu, Shaklee ada juga memperkenalkan vitamin C khas untuk kanak-kanak iaitu Chewable Vita-C Plus.Chewable Vita-C Plus (100% semulajadi,halal,selamat dan berkesan) pula dikhaskan untuk golongan kanak-kanak atau orang dewasa yang ada masalah menelan tablet.Rasa sensasi oren aslinya (tanpa pengawet dan perasa tiruan) dapat memikat selera kanak-kanak dan golongan yang ada masalah menelan tablet ini.Chewable Vita-C Plus mengandungi 100mg vitamin c (iaitu ascorbic asid) bagi setiap biji tabletnya yang bersamaan 1 1/2biji oren.


Sustained Release Vita-C & Chewable Vita-C Plus membekalkan 'bioflavinoid' dalam jumlah seimbang iaitu 120mg.Bioflavinoid adalah aksesori nutrisi yang membentuk asid askorbik atau vitamin C complex.Bioflavinoid hanya boleh didapati dalam buah-buahan asli dan tidak diperolehi dalam vitamin C sintetik.Aksesori nutrisi ini membantu mengurangkan kanser,penyakit kardiovaskular,osteoporisis dan memberi faedah-feadah kesihatan lain seperti antibakteria,antivirus,anti-radang dan kadang-kadang digunakan sebagai anti alergenik.

Kesimpulannya, pilihan saya adalah  Vitamin C dari shaklee untuk saya sekeluarga.Ianya berkesan,semulajadi dan halal.Berminat boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma.


FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad 


No comments:

Post a Comment