Wednesday 9 July 2014

Gastrik Ketika Berpuasa : Set Gastrik Shaklee


Masalah Gastrik seringkali timbul bila tiba bulan puasa...bagi yang betul-betul gastrik ok tapi ada juga mengambil kesempatan untuk tidak berpuasa dengan alasan gastrik.

Apakah Itu Gastrik?
Gastrik atau istilah perubatannya gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H.pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Apa Punca Gastrik Ye....?
  1. Gemar mengambil makanan yang pedas - terutama bagi yang suka makan cili.Makanan yang pedas sukar diproses oleh perut.Ia juga menyebabkan perut merembeskan asid dengan lebih banyak untuk mencernakan makanan.
  2. Asam/asam masin - Asam adalah makanan berasid.Sesetengah orang gemar menjadikan asam masin sebagai jajan/kuluman apabila terasa mengantuk sewaktu di pejabat,ketika memandu dan sebagainya.Kandungan asid yang tinggi merangsang perut untuk turut mengeluarkan asid dengan lebih banyak.
  3. Makanan berlemak/berminyak. - Contohnya lauk tumis,makanan pedas atau sambal.Makanan yang berlemak & berminyak adalah sangat sukar untuk dihadam dan menjadi punca gastrik.
  4. Tekanan/stress - Walaupun ia tidak 'berkadar terus' namun orang yang stress kebiasaannya akan makan dengan kuantiti yang banyak untuk hilangkan stress.Dengan itu perut akan merembeskan asid dengan lebih banyak secara tidak langsung kita akan lapar.
Tanda Gastrik
  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Berangin atau pedih
  • Senak
  • Sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
  • Rasa mual dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menurun (pada peringkat teruk)
 Bagaimana untuk mengelakkan dari terkena gastrik?
  1. Elakkan bersahur atau berbuka dengan makanan yang pedas,berminyak,berlemak atau mengandungi asid yang tinggi seperti daging lembu,burger.sosej,makanan bergoreng seperti nugget,kentang goreng dan sebagainya.
  2. Elakkan meminum minuman yang terlalu masam seperti air asam boi atau jus oren yang terlalu masam.
  3. Elakkan meminum susu untuk berbuka puasa khususnya kerana susu adalah makanan yang berasid
  4. Makan makanan yang mengenyangkan untuk tempoh yang panjang seperti oat,gandum,muesli atau cornflakes sewaktu bersahur.Ini akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama pada siang hari.
  5. Minum air masak dalam kuantiti yang banyak pada waktu malam dan waktu bersahur supaya perut anda tidak merembeskan lebih banyak asid.
  6. Anda boleh mencuba set gastrik shaklee yang bersesuaian dengan budget.Secara umumnya,set gastrik ini boleh membantu anda merasa kenyang dengan lebih lama,mengurangkan pengeluaran asid oleh perut serta membantu usus agar tidak pedih sewaktu berpuasa.Set Gastrik Shaklee terdiri daripada :
ESP Soy Protien Isolate Powder
Merupakan sumber protien biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak,bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting.Asid amino ini membantu memulihkan kembali sel-sel dinding perut yang rosak diakibatkan oleh hakisan oleh asid hidroklorik.Ia mengandungi 14gram protien soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan.Sifat kealkalian yang tinggi juga amat membantu di dalam proses meneutralkan kembali keadaan asid berlebihan didalam perut.

B Complex

B Complex amat membantu dalam proses sintesis DNA,menguruskan tekanan dan membina tenaga dalam proses metabolisma.B Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B (Vitamin B1 Tiamin,Vitamin B2 Riboflavin,Vitamin B3 Niacin,Vitamin B6,Folate,Vitamin B12 Cynocobalamine,Biotin dan Panthothenic Acid) yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat dari tekanan kerja,alkohol dan ubatan preskripsi.

Peppermint-Ginger Plus
Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu,senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan.

Ostemaxtrix
Suplemen lengkap yang mengandungi kalsium,magnesium & Vitamin D.Ia sangat membantu di dalam mengurangkan keasidan perut dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus yang menyebabkan kesan pedih ulu hati.

Bagi yang menghadapi masalah gastrik bolehlah mencuba SET GASTRIK SHAKLEE ini...

Sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma boleh:


FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad 
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7c765811108db08130e713187a51d44f
 

No comments:

Post a Comment