Sunday 20 July 2014

Resepi Lazat Dengan ESP Shaklee




ESP Shaklee merupakan produk yang terlaris boleh dikatakan setiap orang yang mencubanya pasti jatuh hati dan terus menerus mendapatkannya.Memang berbaloi mengambil ESP ini bukan sahaja lazat malah dapat memberi tenaga yang berpanjangan sepanjang hari.Apa yang terkandung dalam ESP ni sehingga dikatakan lazat????ESP mengandungi Non GMO soya yang lazat bukan seperti soya biasa yang kita beli dipasaraya atau ditepi jalan.Lagipun ia tiada perasa tiruan 100% asli.ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO yang berkualiti tinggi dengan kesemua asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tujuan sintesis protein termasuklah 9 asid amino penting.

ESP juga sangat sesuai untuk pelbagai peringkat kanak-kanak,dewasa,orang tua,ibu mengandung dan ibu menyusu.Penyediaan yang baik akan mendapat hasil yang baik.

Pantang Larang
Sebelum itu saya inginkan ingatkan pantang larang dalam menyediakan ESP.Bagi membancuh ESP tidak boleh menggunakan air panas kerana sumber protein yang terkandung didalamnya akan hilang.Anda perlu menggunakan air suam-suam sejuk atau air sejuk.Air sejuk sangat seperti yang baru keluar peti ais pun tidak boleh kerana nanti tidak larut sepernuhnya.Saya biasa guna air masak jer untuk bancuh ESP.

ESP juga tidak digalakkan diambil bersama teh,nescafe atau minuman berkafien kerana akan mengganggu penyerapan protein dalam badan kita.

Pengambilan ESP
ESP tidak boleh diambil lebih dari 3 scoop sehari.Ini bagi mengelakkan buah pinggang kita tidak terlalu beban untuk memproses protein yang diambil.

Resepi ESP
Hari  ini saya ingin kongsikan beberapa resepi ESP dengan anda.Bagi mendapat larutan yang baik disarangkan menggunakan shake.Antaranya :

1. ESP + Susu Dutch Lady Chocolate/Strawberi
  • 1 susu ESP
  • 250ml susu dutch lady
  • Goncang dalam shaker letak dalam peti ais sekejap atau letak ketul ais emm...memang sedap.
2. ESP + Mealshake + performance Drink sangat sesuai bulan puasa
  • 1 susu ESP
  • 1 sudu Meal shake
  • 1 sudu Performance Drink
  • Shake sehingga sebati dan sedia untuk diminum.
3. ESP + Milo + Mealshake (sekiranya ada)

4. ESP + Twister Oren
  • 3/4 gelas twister oren
  • 1 sudu ESP
  • 1/4 air kosong
  • shake sebati simpan tempat sejuk dan boleh terus diminum
5. ESP + Susu Anmum - sesuai untuk ibu mengandung
6. ESP + sirap bandung
7. ESP + Fresh Milk (suami saya suka untuk sarapan dan sebelum tidur)
8. ESP + Fresh Milk + kurma (diblend bersama)
9. ESP + Ribena
10. ESP + Nesvita 3 in 1
11. ESP + Buah-buahan kesukaan anda
12. ESP + Horlick
13. ESP + Coklat koko + oat
14. ESP + ESP + fresh milk + 1 sudu madu + 1 sudu oat
15. ESP + Milo/Coklat + Susu HL
16. ESP + Kurma + oat + susu tepung + Madu + air
17. ESP + Kurma + kismis + fresh milk
18. ESP + Kurma + Nestum + Mealshake + susu tepung
19. ESP + Kurma + badam + avocado (sesuai diminum sejuk)
20. ESP + Nestle Bliss
21. ESP + Air suam

Ini antara resepi saya cadangkan.Terpulang pada kreativiti anda untuk mencuba selain dari yang saya senaraikan di atas.Resepi di atas juga sesuai untuk anak-anak yang 1 tahun ke atas.Selamat mencuba saya ucapkan kepada anda semua....

Untuk mendapatkan produk tersebut anda boleh menghubungi saya


FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=10112e4e12aa494db03ea2462302d34d
 
Di sini saya juga ingin kongsikan keistimewaan ESP Shaklee :
  1. Dapat menjadikan kulit muka cantik,putih,gebu dan berseri
  2. Dapat menghilangkan parut jerawat di muka
  3. Dapat memberi tenaga yang berpanjangan dan tidak letih sepanjang hari
  4. Dapat menganjalkan kulit dan menganjalkan payudara
  5. Dapat memberi rasa kenyang yang lama sesuai untuk anda yang ingin mengurangkan berat badan
  6. Dapat menyokong imunisasi badan
  7. Dapat mengawal kolesterol dalam badan
  8. Dapat menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  9. Dapat membantu penyerapan vitamin lain dengan baik
  10. Ia sangat bagus untuk pesakit gastrik kerana ia bersifat alkali dan dapat meneutralkan asid dalam perut
  11. Dapat memekatkan susu ibu.
Jangan berlengah lagi jom dapatkan segera....
 
 

Saturday 19 July 2014

Kelebihan Dan Cara daftar Ahli Shaklee

Alhamdulillah saya telah menjadi ahli shaklee pada bulan Februari 2014 dan setiap bulan dapat merasa bonus yang diberikan oleh pihak shaklee.Sebelum menjadi ahli saya telah mengamalkan suplemen ini beberapa bulan sebelum itu.Dari situ saya terfikir adalah lebih baik jika saya menjadi ahli kerana banyak kelebihan yang boleh saya nikmati sekiranya menjadi ahli.Mungkin anda di luar sana pun seperti saya,setelah menggunakan produk ini dengan sendiri ingin berkongsi kelebihannya bersama insan yang dekat dengan kita.

Setelah membaca entri ini,mesti anda tertanya-tanya bagaimana nak daftar sebagai ahli dan apa kelebihan sekiranya menjadi ahli.Di sini saya ingin kongsikan kelebihan dan cara untuk menjadi ahli shaklee.

kelebihan yang boleh dinikmati sekiranya menjadi ahli shaklee adalah :

1. Individu yang mendaftar sebagai ahli shaklee akan mendapat faedah Harga Ahli iaitu diskaun 20-30% dari harga runcit.Ada ahli yang menjadi ahli hanya sekadar untuk kegunaan sendiri atau pun untuk berbisnes.Keahlian juga adalah seumur hidup walaupun tidak aktif dalam pembelian setiap bulan.Kelebihan setiap ahli layak untuk mendapat konsultasi premium untuk 24jam sehari dan seumur hidup.

 * Pada Mac 2014,pihak shaklee telah menguatkuasakan secara tegas,harga ahli hanya untuk ahli yang mendaftar sahaja dan harga runcit adalah kepada yang bukan mendaftar sebagai ahli.Sekiranya ada pengedar yang menjual dengan harga ahli dan diketahui akan diambil tindakan tegas oleh pihak shaklee.Dengan itu,ahli shaklee tidak perlu hendak berperang harga dengan pelanggan.

2. Bagi yang telah mendaftar sebagai ahli akan mendapat kelebihan menjana pendapatan dari perniagaan shaklee.Bagi menjana pendapatan dari perniagaan shaklee anda perlulah mendaftar di bawah group yang hebat dalam mempromosikan online marketing seperti group kami.Kami akan membantu ahli sehingga berjaya dalam bisnes ini dengan pengisian yang hebat dari semasa ke semasa.So...jom join group kami sekiranya ingin tahu kelebihannya.

Disini saya sertakan bersama cara satu persatu untuk menjadi ahli.

1. Bagaimana cara untuk mendaftar menjadi ahli/pengedar Shaklee?

Terdapat dua cara untuk mendaftar sebagai ahli shaklee:
  • Dengan membuat pembayaran sebanyak RM75 (semenanjung) atau RM85 (Sabah & Sarawak) sudah dapat daftar sebagai ahli shaklee
  • Anda juga boleh menjadi ahli secara percuma dengan cara membeli mana-mana produk shaklee melebihi 200 mata iaitu lebih kurang RM680 (Semenanjung) atau RM850 (Sabah & Sarawak).
2. Adakah Mendaftar shaklee memerlukan modal yang besar?

 Apa yang saya terangkan diatas,modal yang banyak tidak diperlukan dalam bisnes shaklee hanya memadai dengan yuran yang dikenakan semasa mendaftar sebagai ahli.Anda juga tidak perlu menyimpan stok dirumah ini kerana semua pengurusan pembelian adalah secara online dan penghantaran sepenuhnya oleh Pihak Shaklee Malaysia.

3.  Bagaimana kalau ingin mendaftar sendiri di Branch Shaklee?

Apa yang perlu anda lakukan hanya perlukan Id/penaja iaitu seorang ahli shaklee yang berdaftar.Dengan ini, anda boleh menggunakan ID saya 1116930 (Zanariah Ahmad) semasa mendaftar di kaunter.Secara automatik anda telah menjadi ahli berdaftar Shaklee dan layak mendapat bimbingan dari saya sepenuhnya.Selain itu, anda akan dimasukkan dalam group rahsia kami.


4. Apakah kelebihan Daftar ahli Shaklee?

Mendaftar sahaja sebagai ahli anda dapat membeli produk dengan harga yang rendah berbanding harga runcit.Setiap pembelian akan diberi points dan ditukarkan kepada wang tunai setiap bulan.

5. Apa kelebihan join group kami?

Majoriti ahli dalam group kami adalah ibu-ibu (surirumah atau ibu berkerjaya).Semestinya tidak mempunyai masa yang banyak untuk menghadiri kelas bimbingan.Kelas yang dianjurkan group kami adalah flexible.Ini kerana semua ada dihujung jari iaitu hanya melalui alam maya.Kita tidak perlu meeting sehingga lewat malam kerana latihan alam realiti disediakan.Ia mengikut permintaan ahli kerana semua ahli bermula dengan ZERO.Ini pentingnya ada penaja atau dipanggil sebagai upline yang bertindak sebagai MAK kepada anda untuk mengajar anda  sehingga berjaya dalam bisnes shaklee.

Jom kita sama membantu insan yang memerlukan pertolongan tetapi tidak tahu untuk menyelesaikannya.Setiap yang sakit pasti anda penawarnya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh 

FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad
 

Friday 18 July 2014

Tambah Berat Badan Anak Dengan Mealshake Shaklee

Fasa pertumbuhan anak kita yang paling meningkat adalah 2 hingga 10 tahun.Dalam tempoh ini, peningkatan anak yang paling ketara adalah dalam pembangunan fizikal dan mental.Bagi sesetengah anak,ini adalah tempoh mereka mula mengutamakan pemilihan dalam pemakanan yang boleh diramal apa sahaja yang mereka suka makan untuk hari tertentu.

Manakala masalah berat badan bukan perkara biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak pada masa kini.Malah ada juga yang terlebih berat badan sehingga mengalami obesiti dan cenderung kepada peyakit kronik walaupun masih kecil.

Punca Kekurangan Berat Badan
Kekurangan berat badan tidak bermakna anak kita kurus.Sesetengah kanak-kanak ada pertumbuhan yang besar dan ada juga yang bertubuh kecil.Bagi anak yang bertubuh besar kita hanya perlu kekalkan berat badan dengan diet yang seimbang dan lakukan aktiviti fizikal.Malah bagi kekurangan berat badan yang sebenar berkemungkinan mempunyai masalah pemakanan,kesihatan dan emosi.


Bagaimana Untuk Mengetahui Anak Kekurangan Berat Badan?
  1. Carta pertumbuhan anak adalah petunjuk yang baik yang boleh digunakan untuk mengenal pasti status pemakanan anak-anak kita.Ia biasanya dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui pertumbuhan normal atau sebaliknya.
  2. Dari pertumbuhan tersebut boleh kenal pasti berat badan dan ketinggian serta membuat perbandingan dengan rujukan standard.Perbezaan ini boleh dilihat dari catatan nilai berat badan dan ketinggian anak-anak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
  3. Perbezaan dari berat badan dan ketinggian anak-anak untuk tentukan sama ada ia berada dalam lingkungan tumbesaran yang sihat atau tidak adalah dengan umur corak pertumbuhan kanak-kanak juga diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan.Kekurangan berat badan dikalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.
Perkara Yang Perlu Diambil Kira Bagi Kanak-kanak Yang Mengalami Kekurangan Berat Badan 
  • Anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung mendapat jangkitan penyakit.Kesan kekurangan zat kanak-kanak akan merasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya.
  • Mereka juga mungkin akan mengalami pertumbuhan yang terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat. 
  • Sekiranya ini terjadi,perlulah merujuk kepada doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.
Faktor Menyebabkan Kekurangan Berat Badan
  • Tidak makan secukupnya mengikut keperluan diet harian.Mengambil makanan lewat dari waktu yang sepatutnya.
  • Penyakit seperti jangjitan cacing.Kanak-kanak digalakkan memakai selipar apabila keluar dari rumah.
  • Tekanan
  • Aktif bermain sehingga kurang makan.
  • Kurang selera atau tidak berminat untuk makan.Ini mungkin disebabkan tanda-tanda kemurungan,alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan dan kandungan kafien yang tinggi.
  • Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.
Bagaimana Untuk Menambah Berat Badan
  • Galakkan anak kita mengambil kalori yang lebih.Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Peramid Makanan Malaysia.
  • Pengambilan protien,karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi mengekalkan tenaga untuk aktiviti,tumbesaran dan perkembangannya.
  • Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian bagi anak yang aktif bermain,pastikan mendapat rehat yang cukup dan makan yang cukup.
  • Elakkan memberi anak-anak kita makan makanan yang mempunyai kandungan gula,minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari makanan segera.
  • Hadkan pengambilan makanan ringan/snek kerana akan mengurangkan selera makan.
  • Elakkan pengambilan kafien, tapi galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
  • Pilih makanan yang digemari oleh anak anda
 Bagaimana Meal Shake Shaklee Dapat Membantu?


Meal Shake Shaklee merupakan minuman segera yang berkhasiat dengan rasanya french vanila flavour.Mengandungi protien yang berkualiti tinggi dan mudah diserap dalam tubuh dari kanak-kanak hingga dewasa.

Protien sangatlah penting untuk tumbesaran yang sihat anak-anak kita.Khasiat yang terkandung dalam Mealshake juga memenuhi keperluan yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi hari-hari yang penuh dengan perkara baru bagi mereka.Meal shake juga dapat membantu selera anak-anak yang tidak mahu makan.

Selain mengandungi protien ia juga mengandungi vitamin penting yag terdapat dalam per serving Malshake,Vitamin A,Vitamin B12,B6,Thiamin,Riboflavin,Asid Folic,Vitamin C,Vitamin E,Biotin,Vitamin D,Niacin dan juga mineral-mineral penting seperti kalsium,iodin,besi,fosforus,magnesium,selenium,chromium,molybdenum dan zinc.

* Meal Shake tidak boleh dibacuh dengan menggunakan air panas kerana akan merosakkan protien yang ada hilang.
* Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kebaikan Meal shake boleh klik.

Sekiranya berminat boleh menghubungi saya.


FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5c6c364bf5f3e00a2e2b017859dde995


Thursday 17 July 2014

Tips Ringkas Mudah Hamil

Salam ramadhan...alhamdulillah masih berkesempatan menjalani ibadat berpuasa dengan baik dan sempurna.Hamil adalah impian setiap pasangan yang berkahwin,ini kerana anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri.Terasa sunyi apabila sebuah rumah jika tiada hilai tawa anak-anak kan.

Namun,keseronokan untuk memiliki anak ini kadang-kadang terbantut dengan penyeksaan ketika hamil.Penyeksaan yang saya maksudkan adalah mengalami alahan seperti muntah-
muntah,pening,badan letih,tidak larat hendak buat apa-apa dan sebagainya.Setiap orang berlainan perihalnya bila mengandung.Bersama-sama ini saya sertakan beberapa tip untuk mudah hamil boleh dipraktikan.

Tips kali ini mengfokuskan kepada pemakanan yang diambil.Terdapat pelbagai jenis makanan yang dapat membantu meningkatkan kesuburan seterusnya dapat meningkatkan juga kebarangkalian untuk hamil.Ini saya ingin kongsikan 3 jenis makanan yang boleh anda ambil dan amalkan untuk mudah hamil.

Tiram
Bagi penggemar makanan laut pasti anda tersenyum kerana makanan kegemaran tersenarai dalam makanan yang dapat mencepatkan anda hamil.Tiram dipercayai dapat meningkatkan zink dan zat dalam badan termasuk sistem reproduksi,jadi ianya dapat meningkatkan kesuburan dan kecergasan benih anda.Bagi yang alergi pada makanan laut sama sekali tidak digalakkan  kerana terdapat makanan lain yang anda boleh ambil.

Bawang Putih
Saya tahu ada diantara kita tidak suka makan bawang,tiadak kisahlah bawang merah,bawang putih atau bawang besar kerana bimbang mulut akan berbau bawang.Tahukah anda anda bawang putih ada khasiatnya yang tersendiri dalam soal kesuburan dan kehamilan.Selain itu,bawang putih juga mempunyai mineral semulajadi yang dapat dan diyakini boleh mengurangkan kadar keguguran apabila hamil.Ia juga mengandungi vitamin B6 yang dapat menjaga keseimbangan hormon dan dapat dijadikan imunisasi yang baik.

Madu
Madu sememangnya diketahui umum mempunyai khasiat yang banyak.Nabi Muhammad s.a.w juga selalu mengamalkan mengambil madu untuk kesihatan badan secara keseluruhan.Antara manfaat madu ialah mengandungi asid amino yang baik dimana dapat meningkatkan kesuburan.

Selain itu anda juga boleh mengamalkan petua dibawah:

Pengambilan Vitamin E dan Vitamin C
Selepas kajian dibuat oleh pakar-pakar reproduksi,didapati bahawa vitamin E dapat menambahkan kebarangkalian anda untuk hamil  kerana vitamin E mempunyai fungsi untuk meningkatkan serta menambahkan pergerakan sperma untuk sampai ke sel telur isteri.Semakin cepat sperma sampai ke sel telur semakin tinggi kebarangkalian anda untuk hamil dan mempercepatkan proses kehamilan anda.

Manakala vitamin C mempunyai peranan yang penting dalam mempercepatkan kehamilan.Vitamin C mempunyai khasiat untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma sehingga 140% bertambah kebarangkalian untuk hamil semakin cerah.

Berhenti Merokok
Ia ditujukan kepada suami yang merokok begitu juga isteri yang merokok.Merokok tidak memberi sebarang kebaikan malah mendatangkan keburukan serta kemudaratan.Ini kerana kandungan dalam rokok yang terdiri daripada racun dan bahan kimia akan masuk ke dalam salur darah dan akan merebak ke seluruh sistem badan termasuklah sistem reproduksi.Kesannya kualiti sperma akan rosak manakala telur akan berkurangan jadi peluang untuk hamil akan tipis.

Kurangkan Stress
Stress atau tekanan merupakan salah satu penyakit mental sekiranya tidak diurus dengan baik anda mungkin akan alami kemurungan yang kronik.Stress yang melampau akan menyebabkan kehilangan banyak vitamin, mineral,oksigen dan zat dalam sistem reproduksi dan tidak subur.

Ambil Makanan yang mempunyai Anti-oxidant yang tinggi
Sayuran hijau,tomato,zink,asid folik antara bahan yang kaya dengan anti-oxcidant.Anti-oxcidant sangat baik untuk sistem reproduksi selain meningkatkan kesuburan sperma juga sel telur.Kajian mendapati individu yang kurang anti-oxcidant mempunyai kualiti sperma yang rendah.Oleh itu,tingkatkan kualiti sperma dengan menambah anti-oxcidant dalam badan anda.

Disini saya ingin memperkenalkan Set Kehamilan Shaklee yang mempunyai banyak kebaikan dan menyihatkan badan.Set Kehamilan Shaklee adalah satu pilihan yang ada do pasaran,memberikan nutrisi,vitamin dan mineral lengkap untuk ibu yang hamil.Seorang ibu mesti ingin memberikan yang terbaik kepada anak dalam kandungan.Oleh itu, pilihlah makanan tambahan yang sudah pasti berkualiti dan memberi banyak manfaat kepada ibu dan anak.

Set Hamil Shaklee
Di dalam kehamilan dibahagi kepada 3 peringkat masa iaitu trimester 1,trismester2 dan trimester 3.
 
Menurut pakar nutrisi shaklee,ibu hamil perlu perlu mengambil vitamin sejak dari perancangan untuk hamil lagi terutama pengambilan asid folik untuk memastikan tulang dapat terbentuk dengan baik.Apabila ovum bercantum dengan sperma, akan berlaku proses pembahagian dan sel-sel organ semua akan terbentuk.Ianya sangat penting untuk membantu pembentukan sel-sel baru.

Di shaklee, terdapat Set Kehamilan Shaklee yang menyediakan set lengkap untuk membekalkan nutrisi lengkap untuk ibu hamil dan juga set bersalin.



Apa yang ada di dalam Set Kehamilan Shaklee
Set asas untuk trismester pertama terdiri daripada :
  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrik
Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri daripada :
  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrik
  • Omega Guard
  • Protien(Energy Soy Protien) 

  • Protien (ESP)- sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak,pembentukan kuku,rambut dan kulit.ESP juga berperanan untuk memberikan ibu tenaga bagi yang mengalami morning sickness yang agak teruk.Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Protien juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protien sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan membantu aliran darah ibu yang bertambah.Keperluan protien ini semakin penting ketika hamil trimester yang ke-3.
  • Multivitamin (Vita Lea) - Mengandungi sebanyak 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron Formula sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anak.Kekurangan iron dalam badan boleh menyebabkan lemah badan,mudah pitam atau pengsan,HB rendah dan sentiasa pucat.

  • B Complex - Mengandungi 8B yang diperlukan oleh tubuh semasa hamil.Ia mengandungi Folic asid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.Vitamin B juga penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak dalam kandungan.

  • Vitamin C (sustaine Release Vita C) - Sebiji vitamin C shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin c yang minima bagi tubuh kita iaitu 500mg.


  • Omega Guard - Sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Ia mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak,membantu memecahkan lemak dan mengawal berat badan ibu semasa mengandung.

  • Kalisum (Ostematrik) - Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna,membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggang,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama ibu mengandung.Ia juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.






Pemilihan vitamin yang baik semasa mengandung sangat penting.Saya syorkan Set Kehamilan Shaklee kerana ia lengkap dengan vitamin yang diperlukan.

Boleh dapatkan konsultasi dan tempah dengan menghubungi saya dengan menekan butang yang disediakan di bawah...


FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad 
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5e07b82cfd5b5b726a8b5685ce1a3766
 
 

Monday 14 July 2014

Masalah Kesuburan Dan Tips Kehamilan


Setiap wanita apabila sudah berkahwin mesti ingin menimang cahayamata,iaitu bergelar seorang ibu.Alhamdulillah selepas sebulan kahwin saya disahkan mengandung,pada masa itu Allah sahaja yang tahu perasaan gembira saya.Tetapi ada jugak pasangan yang bertahun kahwin tapi masih belum dikurniakan cahayamata.Itu semua adalah dari Allah kita hanya boleh merancang dan berusaha.Bagi pasangan yang sudah lama kahwin tapi masih belum ada cahaya mata jangan berputus asa,teruskan usaha disamping berdoa pada yang mencipta Allah s.w.t.

Mengetahui waktu kesuburan wanita adalah penting.Dua sebab utama kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita adalah untuk memudahkan mendapat zuriat dan juga untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.Kedua-duanya adalah sama penting.Ilmu yang dikongsi mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

Fahami Kitaran Haid
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30hari.Walaubagaimanapun,setiap wanita ada kitarannya sendiri,ada yang 25hari,ada yang lambat sehingga 35hari.Tetapi puratanya 28-30hari.Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.



Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) ketika ini darah haid keluar.Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula.Pada hari pertama haid datang,ia perlu di tanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari.Seelok-eloknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung.

Hari 5-13
Fasa follicular.Pada fasa ini hormon estrogen meningkat.Pada ketika ini darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung.Dalam ovari,telur yang berada dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Ketika inilah proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku.Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH).Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang.Sekiranya disenyawakan akan turun melalui saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Fasa ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory.Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya,sejenis homone dipanggil prosgestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum).Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal.Setelah prosgestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku,maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin.Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

Bilakah Waktu Subur?
Selepas anda faham kitaran haid di atas,waktu terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku.Pada ketika itu,telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.Bilakah secara tepat ia berlaku?...sebenarnya adalah lebih kurang 14 hari dari hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Keliru?...macam ini,katakan period anda 28hari,maka hari subur ialah 28hari-14hari=14hari.Jadi hari ke 14 itu adalah hari subur.Bagi period bulan itu 30hari,maka 30hari-14hari=16hari ialah hari subur bukan lagi 14hari.Sekiranya period 35hari maka 35hari - 14hari = 21hari adalah waktu suburnya.

Waktu subur juga boleh diketahui melalui suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius.Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan.Ini disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Tips dan Info untuk Anda Yang Ingin Hamil
  1. Jangan minum ais dan juga makan ubi kayu ketika datang haid kerana angin boleh memudaratkan
  2. Boleh amalan set kesuburan dari shaklee berterusan.Sekiranya anda ambil tanpa disiplin,mengakibatkan produk tidak berkesan kerana badan anda sudah immune dengan produk tersebut.
  3. Pengambilan pil kesuburan Clomid berterusan melebihi 6bulan boleh mengakibatkan masalah bengkak rahim.
  4. Niat dan fokus untuk hamil,fikir positif,elakkan stress ketika mengambil PKB
  5. Elakkan makanan yang tajam seperti nenas,rebung,tapai,ubi kayu,tembikai,air kelapa dan tebu.
Set Kesuburan Shaklee
  •  Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki.Juga meningkatkan nafsu seks
  • Menyeimbangkan hormon wanita
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif.Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra
 Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Ini Membantu?
Set lengkap ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi.Menurut kajian Harvard Medical School,tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.

Hal ini juga telah disarankan oleh pakar Oncology Malaysia,Dr hamid Arshad melalui facebook beliau:

"Nasihat untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat.Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk membuang cyst/fibriod atau lain-lain.Tumpukan masa untuk berdoa,berusaha kuruskan badan dengan dieting,buat exercise 30 minit setiap hari.Makan suplemen-suplemen multivitamin,Vitamin E,Vitamin C,Folic,tenangkan jiwa dan emosi.Jangan tergesa-gesa nak buat ini dan itu.Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk lihat keberkesanan"


Mari saya perkenalkan satu-satu multivitamin dan multimineral shaklee yang dapat membantu meningkatkan kesuburan.

1. VitaLea - Penting bagi membekalkan dan meyeimbangkan keperluan nutrisi dalam badan.Oleh kerana gaya hidup yang sibuk dan pengambilan makanan yang tidak sihat menyebabkan secara tidak lansung nutrisi penting hilang sehari-hari.Sekiranya badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral akan menjadikan badan lebih cekap berfungsi.

2. B Complex - B Complex sangat sesuai untuk suami bagi menjana tenaga.Vitamin bersifat anti stress.Suai dan isteri akan lebih menikmati apabila bersama.Bagi isteri B Complex amat sesuai untuk merancang kehamilan.Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tidak sempurna)

3. Vita C - Mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal di dalam badan.Bertindak menghalang sperma dari bergumpal.Juga menjadikan salur darah lembut,mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah.Ini sesuai bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.
4. Alfalfa - Dikenali juga sebagai 'vitamin cinta'.Bertindak seperti kacip fatimah.Juga merawar masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan,kegatalan dan sebagainya.
5. Vita E - Bagi meningkatkan kualiti sperma.Vita E sangat membantu menambah kiraan atau bilangan sperma.Juga meningkatkan kebolehan reproduktif bagi suami.Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' bila bersama pasangan.





6. GLA Complex - Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'.Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga 5 hari.Selain itu, Gla berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan dan mengecutkan cyst jika ada.




7. Zinc Complex - Ini khas untuk lelaki untuk meningkatkan kualiti sperma.Juga menambahkan kepekatan dan kekuatan sperma.Bertindak merangsangkan pembentukan testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.


kombinasi vitamin dan mineral dalam Set Kesuburan Shaklee akan memberi harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata.Saya ingin ingatkan jangan sesekali berhenti mengharap sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.Banyakkan istigfar dan bersedekah.

Hubungi saya bagi mendapatkan konsultasi percuma dan penerangan lanjut.


FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad 
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=db2ed8586b1b0c3bb5e046904a1b1f59
 

Sunday 13 July 2014

Set Resdung Shaklee : Resdung Boleh Membawa Maut Jika Tidak Dirawat

Apa itu Resdung?
Betul ke resdung jika tidak dirawat boleh membawa maut!!!
Resdung dari istilah Tradisional merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkab hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.


Manakala istilah saintifik merupakan nirus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit.Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka.Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.


Resdung atau seduan (sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung/hama yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung.Terdapat kira-kira 44 jenis resdung...Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu,pemakanan,pencemaran dan sebagainya.Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!




Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius.Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal,hidung beringus atau tersumbat,sakit kepala terutama di dahi dan pipi.Kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan.Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'.Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan maut.Untuk kanak-kanak,ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada nahagian mata.Akhirnya boleh menyebabkan buta.Manakala dewasa ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak.Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

Apakah Sinus?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka.Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

Ramai yang beranggapan tulang muka padat sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.Ruang-ruang udara ini,menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.Sehubungan itu,pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kuman (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.

Apakah Resdung (Sinusitis)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus.Apabila berlakunya Sinusitis,mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus.Oleh yang demikian ia akan dipenuhi oleh rembesan.Biasanya,"penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung.Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari.kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.

Sinusiti yang kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku berterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang-kadang sehingga 3 bulan,ia mungkin merupakan Sinusitis kronik.Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinusitis akut tetapi Sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.



Punca Bakteria Membiak
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat.Ia tersumbat apabila berlakunya :

1. Radangan pada hidung - Faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya jangkitan kuman dan alergi (alahan).Keadaan ini berlaku kerana dinding hidung membengkak.Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

2.Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser hidung).Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung.Apabila berlakunya takungan ini,bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

3. Jangkitan pada gigi geraham atas - Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla.Apabila seseorang mengalami sakit gigi,ia akan menjngkiti akar gigi dan keluar ke sinus.Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi.Ada kalanya dalam proses mencabut gigi,akarnya terpatah atau tertinggal.

4. Genetik - Resdung bukanlah penyakit genetik,tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.

Hasil dari pembacaan ini, penyakit resdung bukanlah penyakit yang biasa malah ada keburukannya.Shaklee mempunyai suplemen yang boleh mengatasi masalah ini kerana saya sendiri mengalami masalah ini.Setelah pengambilan suplemen dari Shaklee alhamdulillah semakin beransur baik jika dulu pegang jer hidung mesti berbau busuk..sekarang tidak lagi.Antara suplemen yang dicadangkan adalah :

Set Resdung Shaklee

1. Vitamin C 
  • Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
  • Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
  • Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
  • Meningkatkan fungsi T-cell dan Macrophage (fungsi sistem pertahanan badan,sel darah putih)
  • Meningkatkan pertumbuhan tisu
2. Alfalfa Complex
  • Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
  • Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat eczema,resdung,alergik dan gegata.
  • Pesakit SLE tidak digalakkan ambil alfalfa.
 3. B-Complex
  • B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
  • Membantu dalam pembinaan protien dalam tubuh
  • Membentu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
  • Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress
Kepada penghidap resdung di luar sana,saya memang sangat sarankan anda mencuba Set Resdung Shaklee.Suplemen shaklee selamat dari bahan -bahan kimia berbahaya,juga tanpa dadah.Ianya hanya dari bahan semulajadi yang selidik dan diuji secara klinikal oleh shaklee....

Sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan konsultasi percuma boleh :


FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fe6f3afebbe889231eac68c1ba5f8815

Friday 11 July 2014

Produk Shaklee : Penyelesaian Kepada Masalah Eczema,Allergy Dan Alahan

Salam ramadhan....semoga hari ini lebih diberkati Allah s.w.t...amin.hari ini saya ingin berkongsi mengenai penyakit eczema yang selalu menyerang kanak-kanak dan juga orang dewasa.Bagi yang menghadapi masalah ini memang pening kepala memikirkan rawatannya.Ini kerana ia semakin merebak dari hari ke hari.Jika kanak-kanak yang mengalaminya memang tidak sanggup melihatnya kerana kesian tengok mereka sakit dan menangis tidak selesa.Dalam masa yang sama Shaklee ada penyelesaiannya.

Apakah itu eczema/atopik dermatis?
Eczema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang,gatal,kering,mengelupas,kemerahan dan bersisik.Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit,iaitu organ pada tubuh manusia.



Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut,pelipat siku atas punggung,buku lali,belakang telinga,muka dan kulit kepala,manakala pada orang dewasa ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.


Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur,termasuk kanak-kanak.Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang 2 tahun.Eczema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Gejala Eczema
Acute Eczema
- "Erythema" kulit berasa panas,bergejolak dan gatal,keradangan
- "Papules" pembentukan tompok-tompok merah

Eczema Kronik
- Kulit menjadi kering,berair dan bersisik
- Kulit menebal,menjadi kasar dan berkedut

Apakah Punya Eczema?
Sehingga kini punca sebenar akan eczema belum dikenalpasti dengan sepenuhnya.Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut.

1. Faktor Dalaman (fizikal)
  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema,asma atau allergi rhintis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stress.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol,makanan tenusu,gandum,telur,makanan laut,pengawet dan pewarna makanan.
 2. Faktor Luaran (persekitaran)
  • Bahan-bahan iritasi : asap rokok,bahan-bahan kimia,cuaca yang terlalu panas dan lembap atau sebaliknya.
  • Alahan (allergi) : sabun,syampu,serbuk bahan pencuci,kosmetik,kulat,debunga,haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites)
 Rawatan Dalaman
  1. Alfalfa - Merupakan raja bagi segala tumbuhan dan herba.Alfalfa Complex Shaklee kaya dengan kandugan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema.
  2. Omega Guard - Omega Guard yang mempunyai Omega 3 yang bersifat anti inflamasi yang dapat mengawal keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit dan meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan.
  3. Meal Shake/ESP - Sangat baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat.Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.
Rawatan Luaran
  1. Basic - Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia.Campuran 5 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema *tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.
  2. Vitamin E - Boleh di sapu untuk menghilangkan luka eczema berair dan memudarkan parut.
 * NUTRIFERON+VITAC+HERBALBLEND juga elok untuk eczema
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyan dan rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya ditalian berikut.


FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad 
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=11757761dafa3e68756adb17cfa9d730
 

Thursday 10 July 2014

Performance Drink Shaklee Bukan Sekadar Air Oren Biasa

Performance Drink Shaklee adalah minuman yang menjadi pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan dalam masa yang sama lupakan minuman isotonik yang mengandungi gula dan berkarbonat (bergas).


Kandungan Didalam Performance Drink


Apa itu Performance Drink?
  • Minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna,berkhasiat dan tidak bergas.
  • Terbukti secara klinikal menghidratkan anda lebih cepat berbanding air.
  • Memberikan tenaga segera kepada tubuh dan menyokong penghidratan pada tahap optimum.Campuran Elektrolit OPTI-LTYE proprietari dan campuran unik karbohidrat yang membekalkan tenaga berterusan tanpa menggangu tahap gula di dalam darah.
  • Dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan tahap hidrat tubuh,memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina-Berdasarkan ujian yang dilakukan kepada atlit berpencapaian, cemerlang di Amerika Syarikat.
  • Tidak mengandungi perasa tiruan,pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Siapa yang boleh mengambil minuman Performance Drink?
 Ia diambil oleh sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan KECERGASAN dan KESIHATAN.Antaranya :
  • Individu yang aktif bersukan
  • Individu yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka)
  • Individu yang menghidap gout
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Individu yang kurang minum air
  • Individu yang kerap sakit kepala
  • Bila rasa nak demam atau sedang demam
  • Kanak-kanak yang demam
  • Individu yang suka minuman ringan terutama yang berkarbonat
 Kelebihan Performance Drink Shaklee
  1. Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat,menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal,meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  2. Membekalkan Tenaga Dan Ketahanan Fizikal - Ia dapat mengimbangkan dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh.Ia mengandungi potassium,kalsium sodium,phosporus,magnesium dan chloride.Produk ini turut dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya menerka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.
  3. Mencegah Penyahidratan - Mengurangkan kehausan,mencegah penghidratan,melembapkan kulit dan kelihatan muda.
  4. Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.
Mengekalkan Prestasi Lebih Lama


Apakah elektrolit?
Elektrolit adalah bahan-bahan yang mengandungi ion bebas yang membuatkan elektrolit menjadi konduktif.Antara ion utama adalah seperti elektrolit natrium, kalium, kalsium, magnesium,klorida,fosfat hidrogen dan hidrogen karbonat.Bahan-bahan ini penting untuk pelbagai proses dalam badan termasuk penghidratan,pH darah dan paling penting untuk saraf dan fungsi otot yang betul.Tanpa keseimbangan elektrolit yang betul,otot boleh menjadi lemah dan pengecutan otot boleh berlaku.

Penghidratan selepas latihan dan menggantikan elektrolit yang hilang
Minuman elektrolit yang mengandungi natrium,kalium dan lain-lain nutrien utama membantu menambah air yang hilang dari badan anda dan tahap elektrolit selepas senaman yang berat.Apabila badan kita kering, ia boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Sedikit sebanyak perkongsian informasi mengenai Performance Drink Shaklee.Minuman ini sangat sesuai diambil semasa berpuasa kerana ia mengurangkan penghidratan air dalam badan kita dan memberi tenaga sepanjang berpuasa.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dan untuk pesanan boleh klik button "Pesan Sekarang"


FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f3a493fb0b6dc6357b9d89d6bdc1f2af