Wednesday 9 July 2014

Berpantang Cara Alami Dan Shaklee

Menanti detik kelahiran adalah suatu yang mendebarkan bagi ibu-ibu,terutamanya bagi mereka yang melahirkan anak yang pertama.Tempoh sembilan bulan dilalui dengan penuh harapan dan ketabahan.Bayi di dalam kandungan diberi perhatian sewajarnya semoga cahaya mata yang dilahirkan membawa sinar kebahagian.

Selamat melahirkan,bagi ibu-ibu muda tempoh berpantang merupakan satu pengalaman baru.Badan harus dirawat agar apabila tamat tempoh berpantang,anda tetap kelihatan segar seperti sebelumnya.Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunggu selama 44hari ibarat bertahun lamanya.Namin bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang,saat ini dipergunakan semaksima mungkin untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.

Amalan yang diwarisi daripada nenek moyang tidak sukar dilakukan,malah dedaun dan herba yang digunakan bagi tujuan rawatan,kini boleh dibeli dipasar harian.Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan dedaun,rempah-ratus dan herba untuk tujuan rawatan sendiri,mereka boleh mendapatkan set bersalin lengkap yang sedia dijual.

Rawatan Semasa Berpantang

1. Bertungku - Merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang.Tidak lengkap rasanya berpantang sekiranya tidak bertungku.Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada berat tungku itu tetapi pada tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam badan.
2. Berurut - Merupakan amalan penting ketika berpantang.Ia dilakukan pada setiap waktu pagi sebelum mandi atau selepas bertungku.Amalan tersebut seeloknya dilakukan seminggu selepas bersalin iaitu selama tiga hari berturut-turut.Bagi ibu yang ingin merasa lebih segar,amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung tempoh pantang iaitu pada hari ke-42,ke-43 dan ke-44 diikuti pada hari ke-60 dan ke-100 selepas berpantang.

Sebaik-baiknya urutan dimulakan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam.Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan,membuang angin,membetulkan urat,mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

3. Bertangas - Dilakukan selepas mandi.Amalan ini penting supaya luka dan jahitan cepat sembuh.Bahagian sulit juga akan cepat kering dan ketat,mengecutkan rahim serta otot-otot yang kembang dan akan mengelakkan daripada berlakunya proplase (keluar tombong).Pelbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam,halba dan lain-lain.
4. Bertasak -  Ia penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan.Sebaiknya ia dimulakan seminggu selepas bersalin.Bertasak hendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut,dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.Dalam tempoh tiga hari,bahan berlainan akan digunakan.

5. Mandi - Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang.Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan deaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.

Mandi Dedaun
Selesai bertungku dan berurut,lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa kerana daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.Seboleh-bolehnya sepanjang tempoh berpantang mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya diamalkan selama 2minggu.


Mandi Lulur
Bertujuan untuk membuang daki-daki yang melekat pada kulit

Selain cara rawatn di atas, anda juga boleh mencuba produk Set Bersalin Shaklee.Set bersalin Shaklee adalah set bersalin yang mendapat kepercayaan dan diakui terbaik bagi Ibu Berpantang kerana kesan positif terhadap kesan pemulihan dan perawatan selepas bersalin dan semasa berpantang.

Keberkesanan Set Bersalin Shaklee  memang diakui sangat baik dan berkesan di dalam perawatan dan penyembuhan luka dalaman selepas bersalin,bagi tujuan penyusuan susu ibu secara eksklusif,serta penurunan berat badan secara semulajadi dan selamat serta tidak memberi kesan terhadap penyusuan.

Set Bersalin Shaklee dibahagikan kepada 3 pakej kombinasi pilihan mengikut kesesuaian keperluan Ibu berpantang dan juga budget masing-masing.3 pakej Set Bersalin Shaklee adalah Set Asas (rawatan dalaman),Set Extra (rawatan dalaman + penyusuan) dan Set Premium (rawatan dalaman + penyusuan + kekal ramping).

1. Set Asas - Adalah satu kombinasi produk shaklee yang saling melengkapi bagi memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin.Set asas mengandungi 4 produk vitamin shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia.

2. Set Extra - Adalah satu kombinasi Set Bersalin Shaklee - set asas yang ditambah dengan 2 suplemen yang sangat baik dalam membantu dan menyokong keperluan Nutsiri Ibu Yang Menyusu, disamping memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin.Set Bersalin Shaklee-Set Extra mengandungi 6 produk vitamin shaklee.


3. Set Premium - Adalah satu kombinasi Set Bersalin Shaklee-set extra yang ditambah dengan 2 suplemen yang sangat efektif bagi menurunkan berat badan dengan cara sihat dan selamat tanpa menjejaskan penyusuan susu ibu, di samping memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu bersalin.Dalam Set Premium ada tambahan 8 produk vitamin shaklee.

Fungsi dan kebaikan Set Bersalin Shaklee

Vitamin B Complex Dengan Asid Folik
Berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan.Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang.Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah.Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga,ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin,hasilnya kulit makin lembut dan cerah.Pengambilan yang konsiten akan mengurangkan tanda regangan kulit-stretch marks.

Vitalea (Multivitamin)
Sangat penting untuk ibu berpantang.Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan.Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral.Mengandungi zat besi,elemen yang paling diperlukan untuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.

Vitamin C
Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka.Membaik pulih sel dan tisu yang rosak.Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan,faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya.Membantu pembentukan kolagen,menganjalkan kulit.Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit,pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.Sebiji vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.

Zink
Zink paling penting dalam proses pemulihan luka,bersama-sama dengan vitamin C dan protien.Membaik pulih luka jahitan dan kerosakan tisu dalaman.Ikan haruan kaya dengan zink sbab itu pengambilannya sangat digalakkan semasa berpantang.Selain itu, zink juga bertindak sebagai penggalak keinginan seksual,dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh berpantang.

ESP

ESP sangat baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi.Ibu berpantang dan ibu menyusu digalakkan mengambil ESP susu soya protien.Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman,mencantikkan kulit,memejalkan otot dan membantu dalam penurunan berat badan.Membantu menambah penghasilan susu,membekalkan tenaga dan kecergasan.

Ostemaxtrix

Ostemaxtrix adalah kalsium.Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin,selalunya berasa takut,fobia atau kurang selesa untuk meneran terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil.Pengambilan Ostemaxtrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit,melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama, merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa segar bila bangun pagi.Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang,otot dan gigi bagi mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang.Ia juga membantu penghasilan susu ibu yang banyak.

Lecithin
 Lecithin shaklee mengandungi 13 kebaikan untuk kesihatan manusia.Mengandungi choline untuk kecergasan akal.Ibu yang hamil mengambil lecithin semasa menyusu akan mengalirkan choline yang sangat baik untuk otak bayi.Ia juga memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian yang halus dan mudah untuk diemulsi.

Alfalfa

Alfalfa shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan.Kaya engan serat,protien,amino asid,klorofil,15 zat galian,10 vitamin,8 enzim dan fitokimia.Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan.Juga merupakan galactagogue iaitu herba memperbanyakkan penghasilan susu.

Set bersalin shaklee adalah sangat menjimatkan bukan sahaja semasa berpantang malah selepas berpantang masih boleh mengamalkan set tersebut.

BERMINAT!!! untuk mendapatkan SET BERSALIN SHAKLEE...


FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a43bf030e75e0614616467f596075f14


No comments:

Post a Comment