Wednesday 27 August 2014

Set Menyusu Shaklee Yang Berkesan

Menyusukan anak selepas dilahirkan adalah satu perasaan yang indah tidak dapat dibayangkan.Pada masa kini kebanyakkan ibu muda sekarang banyak terdedah dengan penyusuan susu ibu.Masing-masing selepas bersalin ingin susukan anak sehingga umur 2 tahun dengan susu badan.Ini amat digalakkan oleh Kerajaan Malaysia.

Set Menyusu Shaklee adalah pilihan yang bijak bukan saja menjimatkan malah mampu milik oleh setiap orang.Dalam satu set ada pelbagai manfaatnya.Dengan dose sesuai diambil, adalah selamat diambil oleh ibu yang menyusukan bayi jaundice dan G6PD.Antara set menyusu terdiri dari ESP + Alfalfa + Ostematrix + Vita-lea + Lecithin.

Mengapa Pilih Set Menyusu Shaklee?
  • Ia halal dan berkesan.Memang diminati oleh para ibu.
  • ESP yang mengandungi banyak protien menbantu memberi tenaga segera kepada ibu yang berjaga malam menyusu dan kecergasan seharian.
  • Set tersebut dilengkapi dengan zat kalsium bagi kesihatan ibu dan mengalakkan penghasilan susu.Nutrisi didalamnya juga dapat menghindarkan stress di kalangan ibu.
  • Vitamin Alfalfa adalah penggalak penghasilan susu ibu (milk Booster) yang kaya dengan asid amino dan kalsium.
  • Ada juga vitamin dalam set ini dapat menghilangkan jaundice bayi yang baru lahir.
  • Vitalea berfungsi membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan dalaman serta mengandungi iron formula.Bagi ibu yang ada darah rendah selepas bersalin boleh mengambil iron.
  • Set ini tidak panas dan tidak memberi kesan alahan kepada bayi.

Jom kita semak suplemen yang terdapat dalam Set Menyusu Shaklee


1. Soy Protien Isolate Powder (ESP)

ESP dapat membantu membentuk sel-sel badan kita yang sihat.Badan yang sihat akan mempercepatkan lagi penyerapan nutrien lain yang kita ambil.Tetapi sekiranya sel badan kita tidak sihat,penyerapan vitamin akan mengambil masa lebih lama untuk serap dengan efektif.



Kebaikannya :

- Dapat menjadikan kulit cantik,halus,gebu dan berseri
- Dapat memekatkan susu ibu
- Bertindak sebagai milk booster
- Dapat menghilangkan jerawat di muka
- Dapat memberikan tenaga yang berpanjangan
- Dapat menganjalkan kulit dan kembalikan keanjalan payudara yang kendur
- Dapat memberi rasa kenyang yang lama dan dalam masa yang sama dapat menguruskan berat badan
- Meningkatkan sistem imunisasi badan
- Dapat mengawal kadar kolesterol
- Dapat menyokong kesihatan jantung dan prostat
- Dapat membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik.


2. Alfalfa Complex



Vitamin ini sangat baik untuk menambah susu badan kerana ia bertindak sebagai milk booster.Ia juga memekatkan susu dan jadi lebih lemak berkrim.Ia perlu diambil dalam kadar yang bersesuaian dengan si ibu.

Peringatan : Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE

Kebaikannya :

- Dapat merawat masalah keputihan bagi wanita
- Dapat membantu masalah perkumuhan menjadi lebih lawas
- Dapat membuang angin dalam badan
- Amat elok untuk ibu menyusu
- Dapat melegakan sakit sendi dan belakang
- Dapat menghilangkan kelesuan dan tekanan
- Dapat melegakan kesakitan ketika haid
- Dapat merawat penyakit arthitis
- Amat bagus untuk asma,resdung,elergi,gegata dan ekzema
- Dapat cuci usus untuk membuang toksin
- Dapat mencuci buah pinggang dan merawat masalah kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang.
- Dapat neutralkan asid dalam badan
- Dapat menegangkan dan membesarkan payudara
- Ia di namakan "vitamin cinta" kerana bertindak seperti kacip fatimah
- Juga dapat meningkatkan stamina lelaki.


3.Ostematrix



Sebiji ostematrix bersamaan dengan segelas susu dan 80 biji badam.Pengambilannya juga dapat mengatasi masalah sembelit,kekejangan otot,simpul biawak dan sebagainya.Ia bukan sahaja membekalkan kalsium tetapi juga vitamin D yang diperlukan untuk pembinaan tulang yang sihat.Ibu hamil amat digalakkan mengambil vitamin ini untuk tingkatkan kalsium dalam badan.

Kebaikannya :

- Dapat mengawal tekanan darah menjadi normal
- Dapat melancarkan sistem saraf
- Dapat memberi mood yang baik
- Dapat menguatkan gigi dan tulang 

Kekurangan kalsium :

- Menyebabkan kaki dan tangan jadi kebas
- sakit pinggang
- murung
- moody
- rasa kejang pada otot


4. Vita -Lea


Vitamin ini adalah sangat penting diamalkan oleh setiap orang.Vitamin yang terkandung di dalamnya merangkumi seluruh badan.Antara vitamin yang terkandung dalam Vita-Lea adalah :

a) Vitamin D - Dapat menyerap kalsium untuk tulang dan gigi
b) Beta Karotena - Dapat meningkatkan kesihatan mata,kulit dan sistem imunisasi
c) Vitamin E - Dapat menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati,usus dan berfungsi sebagai imunisasi.
d) Kalsium - Dapat menguatkan tulang,pengaliran urat saraf dan otot-otot
e) Boron - Dapat membantu dalam metabolisme Vitamin D dan mineral yang terlibat dalam perkembangan tulang.
f) Magnesium - Untuk kekuatan tulang,fungsi otot dan membantu mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
g) Biotin - Dapat membantu badan menghasilkan tenaga dari protien dan lemak.

Kebaikannya :

- Dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
- Dapat menyokong jangka hayat usus,hati dan mata
- Dapat meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imun
- Dapat lindungi dari kerosakan radikal bebas

5. Lecithin

Ia dikenali sebagai Nature's Emulsifier (pengemulasi semulajadi) yang dapat membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E,K, Beta Caretone.Selain dapat kurangkan berat badan ia juga sangat sesuai untuk ibu yang menyusu.Kebaikannya :

- Dapat mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat
- Dapat membakar lemak yang berlebihan dalam badan
- Dapat membantu ibu mengatasi masalah lupa atau 'short memory' yang biasa dialami selepas bersalin
- Dapat menyalurkan inositol dan kolin di dalam susu ibu untuk perkembangan otak bayi.


Dapatkan produk dan konsultasi lebih lanjut berkaitan pengambilan vitamin dari saya..

Wednesday 20 August 2014

Tambah Berat Badan Dengan Shaklee

Setiap orang impikan berat badan yang ideal.Ada juga orang yang badan terlalu gempal dan ada yang terlalu kurus.Hari ini saya ingin kongsikan cara tambah berat badan dengan menggunakan produk shaklee.Produk shaklee memberi harapan kepada yang mempunyai badan yang kurus mendapat berat badan yang menawan,ideal dan mengembalikan kenyakinan yang tinggi.

Ada faktor yang menyebabkan badan anda sukar untuk naik.Antaranya mungkin anda mengalami masalah di bawah :

  • Faktor utama adalah anda mungkin kekurangan nutrisi.Terlalu memilih makanan yang hendak dimakan dan makan dalam kuantit yang sedikit.
  • Anda juga mungkin ada masalah mental dan fizikal seperti penyakit Anoreksia.Makan banyak tapi sengaja muntahkan balik kerana fikir diri dalam keadaan gemuk sedangkan kurus.Anda juga mungkin ada masalah kemurungan.
  • Mungkin juga masalah berpunya dari keturunan.Keturunan yang kurus kerana memiliki metabolisme yang tinggi.
  • Mungkin juga ada masalah kecacingan.Parasit yang tinggi dalam usus akan mengganggu masalah penghadaman.Anda akan selaulu alami cirit birit dan sakit perut.
Itu adalah faktor utama yang menyebabkan anda sukar untuk bertambah berat badan.Terlalu kurus tidak semestinya sihat tau...Mungkin anda juga ada masalah kesihatan yang tidak diketahui.



Antara Keburukan Terlalu Kurus
  1. Badan menjadi kurang stamina dan lemah.Menjadi tidak berdaya untuk melakukan kerja.
  2. Mudah mendapat sakit kerana kurang daya tahan sakit
  3. Mempunyai tulang dan rangka yang tidak kuat.Tulang akan mudah patah dan rapuh
  4. Sukar untuk mendapat anak kerana sel pembiakan wanita menjadi lemah kerana kekurangan zat makanan.Kitaran haid juga tidak teratur.


Tambah Berat Badan Dengan Shaklee

Kekurangan berat badan disebabkan oleh kurang zat makanan.Selera makan juga kurang.So saya galakkan anda yang ada masalah tambah berat badan mencuba produk shaklee Set Tambah Berat Badan...selain dapat tambah berat badan tapi boleh tambah zat-zat makanan yang lain.

Antara Produk Untuk Set Tambah Berat

1. Meal Shake Shaklee


Fungsi produk ini adalah menambah selera makan.Sangat sesuai untuk kanak-kanak.Ia juga bermanfaat untuk orang dewasa.Meal shake ini sangat sedap lagipun rasa vanila yang membuatkan kanak-kanak menyukainya.

Banyak manfaat yang dapat diperolehi dari meal shake ini.Saya sertakan dulu 7 kebaikannya.
  1. Mengandungi 24 jenis mineral dan vitamin
  2. Ia kaya dengan protien dan bebas laktosa yang tidak dapat dihasilkan oleh badan.(tiada alahan susu lembu)
  3. Berfungsi memusnahkan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser dengan antioksida
  4. Membantu proses tumbesaran dengan zat yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk diproses tumbesaran
  5. Dapat mengembalikan seri wajah yang mengandungi vitamin B yang lengkap dan zat besi
  6. Menyahtoksin dan racun dari badan dengan kandungan serat larut
  7. Rasa vanilla yang sedap
2. Vitalea Dengan Iron



Akibat daripada kurang selera makan menyebabkan zat tidak cukup.Vitamin ini mengandungi 12 Vitamin dan 7 garam mineral untuk keperluan badan.

Kelebihan vitalea adalah :
  • Meningkatkan kecergasan tubuh dan kekuatan mental
  • Memenuhi keperluan zat yang diperlukan oleh tubuh akibat diet yang tidak seimbang
  • Membantu perkembangan kanak-kanak
  • Meningkatkan metabolisme dan awet muda
  • Menjaga kesihatan organ buah pinggang, jantung dan hati
3. Vitamin B Complex


Vitamin ini dapat membantu membebaskan tenaga dari makanan.Ia juga dapat menangani masalah stress yang menyebabkan kurang selera makan.

Kebaikan Vitamin B Complex
  • Dapat mengekalkan tisu otak yang sihat,saraf,kulit,mata,rambut,hati dan mulut.
  • Membantu pembebasan tenaga dari makanan yang lebih baik.
  • Memainkan peranan penting dalam pembentukan sel darah merah yang lebih sihat.
  • Dapat mengelakkan sawan dan epilepsi
  • Mengatasi keletihan dan ketagihan makanan
  • Meningkatkan imun daya tahan penyakit.
Sekira ada sebarang pertanyaan dan persoalan boleh hubungi saya.


FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad 



Friday 15 August 2014

12 Kelebihan GLA Complex

Bulan Ogos adalah bulan promosi GLA Complex beli 6 percuma 1...anda juga boleh dapatkan 1 atau 2 itu terpulang pada kehendak anda.Oleh itu saya ingin kongsikan kelebihan GLA Complex Shaklee ini.Maybe ramai di luar sana tidak mengetahui kelebihannya.


Siapa Yang Perlukan GLA Complex ini?
  • Wanita yang mengalami mesalah kitaran haid yang tidak stabil dan tidak teratur
  • Wanita yang mempunyai masalah PMS yang teruk
  • Mereka yang impikan zuriat
  • Pesakit diabetes
  • Pasakit darah tinggi
  • Eczema dan alergi
  • Lelaki yang ada masalah prostat
Kelebihan utama GLA Complex Shaklee

1. Memelihara kesihatan - Mengandungi borage yang merupakan herba tradisi kesukaan orang Barat.

Manfaat Borage :
* merawat ulser
* dapat mengeluarkan virus
* Dapat melegakan kelesuan
* Dapat membersihakan kahak
* Dapat meringan kebas urat saraf
* Dapat meningkatkan stamina

2. Mengawal hormon estrogen dan testosteron

GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita.Protaglandin dapat mengurangkan simptom PMS seperti kesakitan,mood swing,retensi air dan rasa sakit pada payudara

3. Meningkatkan kesuburan wanita

Ia dapat mengawal dan mengatur ketidakseimbangan hormon wanita bagi meningkatkan kesuburan.GLA juga dapat mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses untuk hamil.

Selain itu,GLA Complex juga dapat membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil sebagai 'cecair kesuburan' dalam rahim.Cecair itu  bertindak memberi ruang untuk telur dan sperma untuk terus hidup selama 5 hari.

Pengambilan yang konsisten dapat memperbetulkan dan membaiki keadaan haid yang tidak teratur.

4. Melambatkan Menopause (putus haid)

Mengelakkan keadaan menopause seperti berpeluh-peluh,insomnia,dada berdebar-debar,ketidakhadaman,depresi dan rasa cepat marah.Pengambilan juga dapat melambatkan penuaan,mengetatkan uterus dan kulit menjadi cantik.

5.Mencantikkan kulit

GLA Complex berfungsi memperbaiki inflamasi kulit seperti eczema,kegatalan, kulit kering,bintik penuaan dan kurap.Ia juga dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak yang berpunca dari rheumatisma dan artritis.

6. Mencantikkan rambut

Dapat mengatasi masalah rambut kering,tekstur rambut dan masalah rambut gugur

7. Pelangsingan

Pengambilan yang konsisten dapat merendahkan kolesterol LDL, menghalang petambahan berat badan,memberi tona pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mendapat bentuk yang cantik.

8. Menentang Kanser

Ia bertindak sebagai antioksidan yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan,menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

9. Menghalang komplikasi Diabetes

Dapat merendahkan gula dalam darah,berkesan untuk menghalang diabetes ketika hamil dan usia tua.Ia juga dapat meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula dalam darah tinggi.

10. Menghalang Tekanan Darah tinggi.

GLA dapat menghalang pembekuan darah,merangsang peredaran darah,mengembangkan salur darah,memperbaiki tekanan darah tinggi,mengelakan masalah janung seperti Arteriosklerosis (pengerasan arteri - dinding arteri menjadi keras dan kurang melentur kerana bahan lemak terkumpul dibawah lapisan sebelah dalam dari dinding arteri) dan dapat mengurangkan salur darah ke jantung dari tersumbat.

11. Memperbaiki masalah lelaki seperti masalah prostat dan kerap kencing.

12. Hiperaktif & austisma (ADD/ADHD)

Minyak Ikan yang terkandung di dalamnya dapat memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma,sukar memberi tumpuan dalam belajar dan hiperaktif.


Bagi anda ingin dapatkan GLA COMPLEX SHAKLEE boleh hubungi saya..


FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad 



Untuk melihat testimoni GLA Complex boleh follow link dibawah 
 

Thursday 14 August 2014

Kelebihan Collagen Powder Shaklee

Setiap wanita mesti nak nampak cantik dan menarik.Banyak produk yang berasaskan collagen di pasaran sekarang.Tapi wanita diluar sana harus pandai memilih produk yang sesuai dan tidak mengandungi bahan yang berbahaya.Nanti muka cantik hanya sekejap sahaja tetapi menanggung kesakitan selamanya.Anda tahukah apa itu collagen?

Collagen adalah protien yang mengandungi asid amino yang khusus iaitu prolin,hidroxyprolin dan arginine yang struktur untuk membina struktur karbon,oksigen dan hidrogen.

Tahukah badan kita merangkumi hampir 30% protien yang mengandungi collagen untuk keseluruhan badan terutamanya tulang,ligamen dan tendon.

Gambar dibawah menunjukkan struktur yang kuat dan kukuh :



Apakah itu Collagen Powder Shaklee?

Collagen yang terkandung dalam Shaklee Collagen Powder berfungsi untuk mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit.

Pendedahan kepada sinaran cahaya matahari dan pencemaran yang mengakibatkan faktor collagen semakin berkurang dan tidak mampu untuk dibina semula.

Kekurangan collagen pada kulit mengakibatkan kulit menjadi kendur, berkedut,kuku mudah patah,dan rambut juga menjadi nipis dan tidak bermaya.




Tanda Badan Kita Kekurangan Collagen

 > Timbul garis-garis masa ketawa,kedutan,lingkaran bawah mata semakin menebal,kesan bengkak mata (eyes bag) dan penglihatan lama-lama menjadi kabur

> Gusi menjadi tidak sihat mudah berdarah bila gosok gigi.

> Timbul garis halus pada leher

> Keadaan payudara kendur manakala punggung menjadi semakin jatuh atau kendur

> Kuku kaki dan tangan mudah menjadi pecah,pudar dan kekuningan

> Rambut menjadi kering dan bercabang.

> Jeragat mula timbul,pigmentasi, kulit jadi kekuningan dan liang roma menjadi lebih besar.

>  Organ dalaman tidak berfungsi dengan baik,kulit menjadi kering, kendur dan wajah kelihatan lebih tua dari umur sebenar.

> Kehilangan kalsium,sakit belakang dan sakit sendi

Shaklee Collagen Powder - Sisik Ikan Merah

Collagen ini di rumus dari sisik ikan merah yang hidup dalam laut sedalam 5000m.Adalah mustahil untuk ikan lain hidup kerana dekat bawah sana adalah bertekanan tinggi.Ikan merah ini boleh menahan tekanan sehingga 20 pounds,bertelur dan hidup bebas di dalam lautan dalam.Sisik ikan ini adalah sumber collagen yang terbaik kerana dapat mengekalkan kelembapan kulit dan elastik atau erti kata mengekalkan keanjalan kulit (melantun apabila dicubit).Ikan ini juga mempunyai kepaduan sel yang sangat tinggi.

Selain itu, mempunyai kapasiti yang tinggi dalam mengekalkan kelembapan.Ia mengandungi jisim molekul yang sangat rendah menjadikan ia mudah menyerap dan berkesan dalam badan kita.


7 Ramuan Aktif Yang Terkandung Collagen Powder Shaklee

1. Keanjalan
  •  Dapat menyokong pembentukan tisu penyambung
  • Selain itu ia juga mengandungi ekstrak kerangan laut yang mengandungi glukosamine sebagai pelincir bagi sendi,menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata dan lactobacillus Acidophilus berfungsi meningkatkan penyerapan collagen
2. Penghidratan - Bertindak menyokong penghasilan collagen dan asid hialuronik
  • Ekstrak biji Camelia Japonica - Terdiri dari asid oleik dan isoflavon juga dapat membekalkan nutrisi dan penghidratan.
  • Ekstrak Pfaffia - ia dapat merawat rambut gugur,mengimbangi hormon dan meningkatkan tenaga batin.
3. Antioksidan - Membekalkan nutrisi untuk penghasilan callogen dan melawan radikal yang merbahaya
  • Vitamin C - Meningkatkan pengeluaran collagen dan menentang radikal yang tercemar yang akan merosakkan kulit
  • Vitamin B2,B6 - Dapat membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran collagen untuk badan kita.
Antara Kebaikan Shaklee Collagen Powder
  • Anti penuaan - mengurangkan kedutan pada kulit dan memulihkan liang roma.
  • Melembapkan - Kulit menjadi lembap dan kulit kering tiada lagi
  • Mencerah - mencerahkan pigmentasi dan jeragat akan semakin menghilang
  • Menegang - menegangkan payudara dan punggur yang kendur
  • Menyubur - Dapat menyuburkan kulit,kuku, rambut
  • Meningkatkan pergerakan - Dapat melahirkan badan yang sihat dan aktif bertenaga.
  • Mengembalikan Keanjalan - Kulit menjadi lebih muda dari umur dan lagi bercahaya.

Produk memang terbukti berkesan.Bagi yang mempunyai masalah kulit,rambut dan kuku boleh mencuba produk ini.Selain itu, dapat mengekalkan keanjalan kulit dan nampak lebih bertenaga.

Jom kita lihat testimoni mereka yang telah mencuba produk ini...amat membanggakan..


Testimoni 1


Testimoni 2



Testimoni 3



Testimoni 4

Berminat untuk dapatkan produk Shaklee Collagen Powder boleh hubungi saya untuk dapat maklumat atau penerangan yang lagi terperinci...so silakan saya sedia membantu.

FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad 




Wednesday 13 August 2014

5 Suplemen Untuk Kesihatan Kaum Lelaki

Lelaki memang terkenal dengan tugas dan tanggungjawab berat yang perlu ditanggung.Kenapa Allah jadikan lelaki untuk memimpin wanita dan anak-anak?Lelaki semestinya pilihan utama untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.Ini kerana lelaki yang akan menjadi pemimpin dalam sebuah institusi kekeluargaan.

Sekeliling saya pun ada lelaki yang sentiasa memberi semangat dan tunjuk ajar.Ia adalah suami saya sendiri yang kaya dengan sifat penyabar dan penyayang.Saya juga bersyukur ada ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk membesarkan anak-anak tidak mengenal penat lelah.

Namun kesihatan mereka juga perlu dijaga supaya dapat memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri dan perbelanjaan untuk anak-anak.Juga memberi belanja untuk ibu dan adik-adik.

Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Untuk Mendapat Kesihatan Yang Baik
  • Mengamalkan diet pemakanan yang baik
  • Sentiasa melakukan amalan rohani untuk jiwa yang lebih tenteram dan diberkati Allah
  • Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak meroko,ambil dadah dan alkohol
  • Mengamalkan amalan riadah dan bersenam setiap hujung minggu bersama keluarga
  • Mesti pastikan tidur yang secukupnya.
Penyakit Yang Biasa Dihadapi Lelaki Adalah :
  • Penyakit jantung
  • Penyakit kencing manis atau diabetes
  • Penyakit sendi
  • Ketidaksuburan
  • Darah tinggi
  • Buasir
  • Asma
  • Berat badan berlebihan
Shaklee ada produk yang bersesuaian dengan keperluan lelaki masa kini.Produk-produk itu  mengandungi nutrien yang penting untuk lelaki.

1. Polifenol Tumbuhan

Menurut kajian polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan dengan umur seperti kardiovaskular dan lain-lain penyakit "penyakit radang" seperti arthritis,kencing manis dan penyakit alzheimer.Polifenol diekstrak dari buah anggur,lobak ungu,polygonum cuspidatum dan Eropah Elderbery yang ada dalam vivix shaklee.Suplemen ini menggalakkan penuaan yang lebih  sihat dan dapat memberikan tenaga dalam badan anda.

2.Vitamin E

Tahukah anda peratus kemandulan lelaki di Malaysia meningkat dari 15 % ke 30% dalam masa 5 tahun.Pengambilan Vitamin E dapat mengurangkan kemandulan dan risiko kanser prostat.Manakala elemen antioksidan dalam Vitamin E dapat melindungi dari terkena penyakit jantung,kanser,dan mengekalkan kesihatan lelaki yang optimun.

3. CoQ10 Dan Minyak Ikan

Kedua elemen diatas melengkapkan otot jantung dengan nutrien bagi berfungsi dengan sihat.CoQ10 penting untuk mengalirkan tenaga dalam jantung.Tenaga yang banyak membolehkan jantung berfungsi dengan baik.Manakala minyak ikan dapat meningkatkan pengaliran darah dan mengekalkan tisu jantung dan saluran darah menjadi fleksibel ia amat bermanfaat untuk mereka yang ada kardiovaskular atau kadar kolesterol yang tinggi.

4. Zink

Merupakan mineral penting untuk sistem pembiakan lelaki yang normal.Kekurangan elemen zink dalam badan lelaki lebih cenderung menjadi tidak subur.Zink amat penting untuk tingkatkan kesubutan dan jumlah sperma di samping mengurangkan risiko mati pucuk dan pembesaran prostat.

5 Suplemen  untuk lelaki bagi mendapat kesihatan yang baik

1. Vivix

Suplemen ini mengandungi campuran botanikal unik polyganum cuspidatun,anggur muscadine,european elderberry dan lobak merah ungu yang kaya dengan polifenol yang dapat membantu mengekalkan kesihatan lelaki  kerana kandungan antioksidan yang lebih tinggi.


2. CoQ10 Health plus

Campuran semulajadi daripada 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak teh hijau yang disediakan dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi penyerapan optimum.CoQ10 dapat menyokong penghasilan tenaga untuk jantung,melindungi arteri dan meningkatkan peredaran darah.


3. Omega Guard

Suplemen ini kaya dengan asid lemak omega 3 yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri.Ia juga bertindak mencegah penyakit saluran darah dan strok.Ia juga dapat meningkatkan keupayaan ingatan,eczema,dan migrain,imsonia,mencegah kanser prostat dan memelihara sendi.Kandungan Omega 3 yang tulin dari Shaklee cukup membantu kesihatan lelaki.

4. Vita-E Complex

Suplemen ini mengandungi bahan semulajadi daripada minyak sayur-sayuran dan selenium untuk melengkapi apa yang diperlukan vitamin E.Satu kapsul Vitamin E menyediakan 400iu Vitamin E,65mcg selenium dan 39.4mcg ekstrak biji anggur yang baik untuk kesihatan lelaki.


5. Zinc Complex

Suplemen shaklee ini dirumus dari zink gluconate semulajadi yang bergabung dengan alfalfa dan kalsium bagi menghasilkan zink yang mudah diserap oleh badan.Zinc terkandung sebanyak 10kali ganda dalam prostat lelaki berbanding organ lain.

Ia juga dapat memulihkan luka dengan cepat,mempertingkatkan sistem imun dan memelihara kolagen.

Kaum adam jangan ambil mudah tentang penyakit masa kini.Bukan sahaja wanita yang perlu jaga kesihatan tetapi lelaki juga perlu menganggap itu satu keperluan yang penting

Bagi mendapatkan set kesihatan lelaki boleh hubungi saya.Saya akan guide anda apabila membeli dengan saya.Anda juga boleh terus beli suplemen ini sendiri dengan cara tekan link di bawah.

FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad 


Tuesday 12 August 2014

Atasi Migrain Dengan Set Shaklee

Pernahkah anda mengalami migrain?Migrain adalah mengalami sakit kepala di sebelah ataupun di kedua belah kepala.Migrain adalah sangat menyakitkan dan berdenyut-denyut yang disertai dengan loya,mengalami gangguan visual dan terdapat beberapa symptom yang lain.Ia boleh menyerang selama antara 4-72 jam tanpa henti.

Penyakit migrain juga dikategorikan sebagai sakit kepala vaskular (vaskular headaches) iaitu saluran darah ke otak mengalami pengembangan dan pengecutan.Mengikut satu kajian yang dilakukan iaitu dengan cara menggunakan imbasan tomography berkomputer (SPECT) mengesahkan mereka yang mengalami penyakit migrain terdapat keradangan (inflammation) yang paling kritikal pada meninges (yang meliputi kulit kepala).Terdapat 3 lapisan membrane iaitu dura,arachnoid dan lapisan paling bawah atau dipanggil pia meter.



Penyakit migrain boleh menyerang bila-bila masa.Faktor utama wanita mendapat migrain disebabkan oleh hormon estrogen yang tidak stabil.Ia kebiasaannya menyerang ketika wanita datang bulan (iaitu ketika hormon estrogen rendah).

Terdapat 5 fasa migrain iaitu :

  1. Sebelum berlakunya migrain kebiasaannya seseorang itu akan mengalami perubahan mood,mengalami masalah ingatan ,perubahan pada salah satu daripada lima deria dan mengalami masalah percakapan.
  2. Sebelum migrain anda akan mengalami sakit kepala,ada sesetengah nampak corak ataupun kelipan cahaya ataupun mengalami kebas pada tangan mahupun mulut.Keadaan ini di panggil sebagai aura.Bagi yang mengalami aura ada kemungkinan boleh membawa pada sawan.
  3. Migrain biasanya akan menyerang sebelah kepala ataupun kedua belah kepala.Ia boleh bertukar kesebelah kiri atau pun kanan kepala.
  4. Dalam masa kepala sakit akan hadapi loya-loya.
  5. Bagi yang mengalami migrain seseorang itu akan merasakan letih dan kelesuan dan ingin tidur.


Faktor yang boleh menyebabkan migrain iaitu tekanan,kerosakan pada hati,perubahan hormon,sembelit dan sebagainya.

Set migrain yang dicadangkan B Complex dan Ostematrix.Anda juga boleh sekalikan dengan CoQ Health Plus




B Complex 
Vitamin ini mengandungi kesemua vitamin B didalamnya seperti Riboflavin (B2),Niacin (B3),Asid Pantothenic (B5) dan Pyridoxine (B6).Vitamin yang terkandung dalam kumpulan B ini membantu sistem saraf,perkembangan sel pernafasan,meningkatkan aliran darah ke otak dan B6 diperlukan bagi memastikan otak berfungsi dengan normal.

Ostematrix
Vitamin yang mengandungi kalsium,magnesium dan vitamin D.Kandungan mineral membantu untuk mengawal otot dan menghantar isyarat impuls ke saraf dari dlm badan ke otak kita.

CoQ Health Plus
Vitamin ini boleh dijadikan tambahan untuk set migrain.Produk ini bertindak meningkatkan aliran darah ke otak dan meningkatkan peredaran darah.




Punca Mendapat Migrain

  • Kesan daripada alahan seseorang
  • Silau akibat lampu yang terang
  • Bunyi terlalu kuat
  • Bau wangi yang melampau
  • Tekanan fizikal dan emosi
  • Waktu tidur yang tidak teratur
  • Merokok atau terdedah kepada asap rokok
  • Stress
  • Menahan lapar terlalu lama
  • Makanan seperti coklat,keju,kopi,limau,tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.

Migrain jangan dibiarkan berlarutan jom atasinya dengan Set Migrain Shaklee.Berminat untuk dapatkan Set Migrain Shaklee boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma dan info-info lain.

FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad 



Monday 11 August 2014

Phytocol St-Shaklee : Berkesan Menurunkan Kolesterol

Phytocol St-Shaklee adalah produk terbaru yang diperkenalkan oleh Shaklee Product.Produk ini sangat berkesan untuk menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi.Produk ini telah dilancarkan pada Jun 2014.

Pilihan bijak dengan 2,000mg fitosterol setiap hari.Jom saya perkenalkan produk terbaru shaklee ini Phytocol St-Shaklee :



Produk ini adalah formulasi proprietari yang berasakan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolesterol dan merendahkan kadar kolesterol LDL.

Antara Kelebihan & Keistimewaan Phytocol St-Shaklee




  • Dirumus daripada beberapa jenis fitosferol asli yang aktif dari tumbuhan,buah-buahan,sayuran & bijirin.
  • Membekalkan 2,000mg firosterol tumbuhan setiap hari.
  • Dalam lebih 80 kajian yang dibuat membuktikan bahawa fitosterol tumbuhan terbukti secara klinikal dapat menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi.
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian seperti mana disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • Ia tiada pewarna,pengawet,perisa atau pemanis tambahan.

Bagaimana Fitosterol Bertindak?

Fitosterol strukturnya adalah sama seperti kolesterol.Namun Fitosterol bersaing untuk mengalahkan penyerapan kolesterol dalam  usus.Ini membuktikan semakin banyak fitosterol diambil dapat mengurang penyerapan kolesterol dan dalam masa yang sama dapat kurangkan kadar kolesterol LDL dalam badan kita.



Ada 3 jenis utama kepadatan lipoprotien dan ada juga  termasuk kepadatan rendah (LDL) yang menjadi punca utama penyakit koronari jantung,ketumpatan tinggi (HDL) dan ketumpatan perantaraan (IDL).Ujian kolesterol boleh dilakukan melalui 3 ketumpatan tersebut.


Tanda-tanda dan gejala kolesterol tinggi

Kolesterol yang tidak dikawal,akhirnya akan menyebabkan dinding arteri kita akan dipenuhi dengan plak.Bila sudah lama dibiarkan akan mengancam nyawa.Antara tanda-tanda dan gejala kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera adalah :
  • Masalah pernafasan
  • Menyebabkan sakit dada
  • Sering mengalami pening-pening
  • Denyutan jantung yang tidak tetap
  • Sering loya dan muntah-muntah
  • Kebimbangan melampau
  • Heartbun dan ketidakhadaman yang kerap
  • Sering berpeluh dingin
Bagi sesiapa yang pernah dan mengalami gejala di atas jangan ambil mudah dan segera dapatkan rawatan lanjut.

Disini saya sertakan testimoni yang diambil dari group lain untuk rujukan anda selepas pengambilan Phytocol St-Shaklee.Kadar kolesterol beliau telah menurun dalam masa 2 bulan pengambilan produk tersebut.










Vitamin Untuk Atasi Penyakit Sendi

Apakah yang dimaksudkan dengan Arthritis?Arthritis merupakan penyakit "radang sendi".Atau dikenali sebagai penyakit 'autoimmune disease' yang mana  kedaan sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan memberi impak kepada sendi,tisu-tisu yang mengelilingi sendi dan tisu perantaraan yang lain.

Bagi mengetahui lebih lanjut bagaimana seseorang itu mengalami radang sendi,oleh itu kita kaji bagaimana sendi-sendi dalam badan bekerja...



Sendi juga dikenali sebagai Joint.Ia berada di pertemuan antara dua tulang kita.Dimana ada sendi pada badan kita? iaitu pada jari,lutut,pinggul,siku dan bahu.Rupanya banyak sendi yang begerak dalam badan kita so perlu dijaga dengan sebaik mungkin.

Apakah itu ligamen? Ligamen adalah otot yang menyambungkan dua tulang pada sendi.Ia berfungsi seperti getah  yang bersifat lentur dan elastik.Apakah itu Kartilaj?Kartilaj (Cartilage) pula adalah bahan yang menyaluti tulang kita ini bagi memastikan tulang kita tidak berlaga di antara satu sama lain.Kartilaj berfungsi melindungi sendi kita dari rasa sakit bila berlaga.

Manakala dalam ligamen kita ada kapsul yang bertindak seperti cecair.Cecair ini dikenali sebagai cecair Synovial.Cecair Synovial berfungsi sebagai pelincir untuk mengelakkan rasa sakit dan bergerak lancar.

Tahukah anda bagaimana terjadinya sakit lutut dan sendi?

Sakit sendi dan lutut yang terjadi kebiasaannya di kenali sebagai Osteoarthritis.Osteoarthritis terjadi bila kartilaj sudah tak elastik dan menjadi keras.Bila ia dah keras,sendi akan mudah tercedera dan akan merasa sakit.Apabila sudah lama 2 tulang pada sendi boleh berlaga dan menambah kesakitan yang ada.Ini biasa melanda golongan tua dan kemungkinan golongan muda juga akan mengalaminya.


Antara vitamin yang sesuai untuk atasi masalah ini adalah :

1. Advanced Joint Health Tablet - Berfungsi untuk mengekalkan tulang rawan yang sihat.



Antara manfaatnya :
  • Dapat menyokong keselesaan sendi
  • Ia dapat memelihara tisu penyambung yang sihat
  • Dapat meningkatkan kesan kusyen
2. Omega Guard - Bertindak mengurangkan inflamasi


Mengandungi omega 3 yang dapat melambatkan degradasi tulang rawan.Suplemen ini bertindak mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi dan dapat kurangkan sakit pada sendi.Omega 3 yang terkandung dalam suplemen ini bertindak sebagai pelincir bagi membolehkan sendi bergerak dengan lebih aktif.Bagi mendapat kesihatan sendi yang lagi baik perlu mengambil asid lemak Omega 3 bersama glukosamia.
* Glukosamia terdapat dalam Advanced Joint Health Tablet dari ekstrak jagung

3. Ostematrix - Dapat mengekalkan sel tulang yang sihat

  • Kalsium yang terkandung didalamnya amat penting untuk tulang,otot dan ligamen
  • Kandungan magnesium yang terdapat didalamnya amat diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan cara mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.


Di sini saya ingin kongsikan beberapa testimoni selepas mengunakan set sendi shaklee...

Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3

Bagi yang berminat untuk dapatkan SET SENDI SHAKLEE boleh hubungi saya.Anda boleh dapatkan untuk ma dan ayah bagi memastikan mereka sihat sejahtera.


Sunday 10 August 2014

B Complex Shaklee : Apakah Kelebihannya.

Vitamin B adalah vitamin yang kaya dengan 8 jenis vitamin B yang dapat membanu memelihara kesihatan yang baik.Terdapat banyak lagi kelebihan Vitamin B shaklee yang ingin saya kongsikan bersama.Vitamin B Shaklee amat bebeza dengan vitamin B yang ada dipasaran.

Apakah Kepentingan Vitamin B Yang ada Dalam Vitamin B Complex Shaklee?

  • Mencegah anemia dan penting untuk proses pembaikan sel darah merah
  • dapat mencegah stress dan menguatkan antibodi tubuh
  • Vitamin yang penting untuk kesihatan mata,kulit,kuku dan rambut
  • merangsang pertumbuhan kanak-kanak
  • Vitamin ini juga dapat menghasilkan tenaga dan membantu meningkatkan kemampuan berfikir.
Apakah Manfaat Yang Ada Dari Vitamin B1,B6 Dan B12?

Vitamin B1 - Sumber dari beras merah,kuning telur,ikan,kacang dan gandum
Antara manfaatnya :
  • Dapat melancarkan metabolisme
  • Dapat melancarkan peredaran darah
  • Mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • Dapat mencegah terjadinya kerosakan uraf saraf
  • Dapat memulihkan gangguan saraf
Vitamin B6 - Sumber dari daging,hati,ginjal,ikan,kacang dan beras tumbuk
Antara manfaatnya :
  • Dapat melancarkan metabolisme
  • Dapat meningkatkan kekebalan tubuh
  • Dapat menjaga keseimbangan garam-garam mineral dalam badan
  • Dapat membantu sintesis RNA dan DNA
Vitamin B12 - Sumber dari hati,ikan,susu dan olahnya,daging,telur dan rumput laut
Antara manfaatnya :
  • Dapat mencegah kerosakan urat saraf
  • Dapat membantu pembentukan sel darah merah
  • Dapat melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • Dapat mengubah karbohidrat,protien dan lemak kepada tenaga yang diperlukan oleh badan.
Apakah Kesan Kekurangan Vitamin B?

Kekurangan Vitamin B dalam badan akan menyebabkan :
  • Menyebabkan sistem saraf menjadi lemah
  • Kekurangannya juga boleh mengganggu fungsi otak dalam masa yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung
  • Menyebabkan pembentukan sel abnormal
  • Boleh menyebabkan penyakit anemia
  • Kekurangannya juga boleh menyebabkan masalah depresi atau tekanan perasaan.
  • Kehilangan daya memori juga berpunca dari kekurangan vitamin B dalam badan
  • Menyebabkan badan cepat menjadi letih
  • Juga akan menyebab kita menjadi sesak nafas.
  • Insomnia
  • Menyebabkan kurang fokus dan konsentrasi
  • Juga menyebabkan kita mudah tersinggung perasaan.
Apakah Kelebihan Vitamin B Complex Shaklee?

Banyak kelebihan yang diperolehi dari vitamin B Complex Shaklee.Antaranya :
  • Dapat menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu dalam kemampuan untuk berfikir
  • Vitamin ini juga dapat mengelakkan penyakit beri-beri
  • Ia juga dapat merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak
  • Ia juga diperlukan untuk kesihatan mata,kuku,kulit dan rabut
  • Ia diperlukan untuk sirkulasi dan untuk fungsi normal sistem saraf
  • Dapat mencegah stress
  • Dapat menguatkan antibodi tubuh
  • Ia amat penting untuk aktiviti sel genetik
  • Vitamin B amat diperlukan dalam pembentukan protien asid amino
  • Amat diperlukan untuk memproses dan pembaikan sel-sel darah merah
  • Selain itu, dapat mencegah anemia
Vitamin B Shaklee juga sesuai untuk kanak-kanak.Antara kelebihannya adalah :
  • Dapat merangsang pertumbuhan
  • Dapat meningkatkan kemampuan untuk berfikir
  • Dapat memberikan tambahan tenaga
Vitamin B Complex juga sesuai untuk orang dewasa,antaranya :
  • Dapat menambah tenaga yang berpanjangan
  • Dapat mengurangkan stress
  • Dapat melambatkan proses uban di rambut
  • Dapat membantu meningkatkan konsentrasi
Antara kelebihan Vitamin B Complex untuk ibu mengandung adalah :
  • Penting untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik
  • Dapat mencegah anemia (tekanan darah rendah)
  • Dapat membekalkan asid folik yang sangat penting untuk mengelakkan kecacatan janin.
Siapa yang boleh ambil Vitamin B Complex?
  1. Ibu yang menyusukan
  2. Ibu yang hamil
  3. Ibu yang sedang berpantang
  4. Mereka yang inginkan kulit yang cantik
  5. Mereka yang ingin dapatkan anak
  6. Mereka yang ada masalah migrain
  7. Mereka yang ada masalah eczema/alahan
  8. Mereka yang ada masalah rambut
  9. Orang yang ingin mengawal kolesterol
Terdapat banyak kelebihan vitamin B Complex,untuk yang ingin mencuba boleh dapatkan disamping dapat atasi masalah yang dihadapi.

Jadi anda boleh dapatkan dengan hubungi saya :




5 Punca Kenapa Wanita Gagal Hamil

Wanita sering kali dikaitkan dengan pelbagai masalah.Kali ini saya inginkan bincangkan bersama beberapa punca kenapa wanita sukar mengandung.Kebiasaan selepas berkahwin mengimpikan cahaya mata, tetapi sukar untuk hamil.

Untuk pengetahuan umum terdapat beberapa halangan utama yang menyebabkan seseorang wanita hamil walaupun sihat dan bertenaga.Disini saya ingin bincangkan 5 punya utama yang menyebabkan wanita sukar hamil.

1. Fibroid

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu rahim.Ia boleh memberi kesan apabila membesar dan boleh menghimpit pundi kencing.Apabila ia berlaku menyebabkan wanita tersebut mengalami haid yang banyak,mengalami kesakitan ketika haid,kesakitan ketika bersama dan sebagainya.Ia adalah bukan kanser walaupun membesar.




2. Endometriosis

Endometriosis merupakan tisu yang membentuk lapisan dalam dinding rahim.Ia berfungsi menyediakan tapak perlekatan janin (sekira terjadinya persenyawaan)

Endometriosis ialah tisu yang menyerupai endometrium yang tumbuh di pada bahagian lain.Contohnya di luar rahim seperti sekeliling ovari ,tiub fallopian,permukaan luar rahim,usus & pelvic.

Apabila tisu ini tumbuh diluar rahim seperti ovari atau usus,darah akan mengalir ketika haid tetapi tidak melalui faraj.Malah darah yang mengalir itu akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang boleh menyebabkan organ peranakan wanita rosak.

Tisu ini juga boleh menghasilkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh membunuh sperma,telur dan janin.Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya ketidaksuburan,kemandulan dan keguguran.




3. Hormon Dan Haid

Kitaran haid yang tidak normal berkait rapat dengan masalah hormon dan haid yang tidak teratur.Wanita yang menghadapi masalah haid tidak teratur berpunca dari masalah hormon tidak seimbang.

Punca utama ketidaksuburan dalam kalangan wanita adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon menggangu ovulasi wanita.Untuk mendapatkan persenyawaan perlu memastikan kitaran haid stabil dan hormon stabil.



4. Kerosakan Tiub Fallopian

Tiub Fallopian adalah organ penting dalam sisten reproduktif wanita.Sperma akan berenang mencari ovum untuk tjuan persenyawaan.Kerosakan tiub fallopian  disebabkan oleh jangkitan kuman atau pertumbuhan seperti fibroid dan endometriosis akan menyebabkan ia tersumbat.Keadaan ini akan menghalang sperma untuk sampai ke ovum menyukarkan proses persenyawaan.



5. Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome-PCOS)

Sindrom Ovari Polisistik merupakan satu keadaan penyakit sistem reproduksi dimana ia berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.Mengikut kajian terdapat 6-10% wanita mengalami PCOS.

PCOS kebiasaannya terjadi kepada wanita yang berusia 20 hingga 30 tahun tidak mengira kaum dan budaya.Ia terjadi pada sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan..


Ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur)  tidak berlaku atau tiada proses bertelur yang tetap setiap bulan.Peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) dalam badan yang berlebihan juga puncanya.Tanda anda mengalami PCOS adalah kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadang-kadang ketiadaan haid (amenorea),bolu roma tumbuh berlebihan di badan,jerawat yang teruk dan kronik,obesiti,keguguran berulang,kulit jadi gelap dan botak seperti lelaki.

Suplemen Yang Dicadangkan Bagi Wanita Ingin Hamil.

Suplemen yang dapat membantu mengatasi masalah di atas seperti B Complex,GLA Complex dan Alfalfa Complex.Namun anda harus dapatkan khidmat nasihat dari pengedar shaklee sekiranya anda ada mengalami masalah PCOS,ENDO & sebagainya.Ini kerana ada sesetengah produk shaklee tidak sesuai jika anda ada masalah tersebut.

Untuk ketahui lebih produk lengkat set kesuburan boleh rujuk link : SET KESUBURAN SHAKLEE

Anda juga boleh mencuba set budget kesuburan shaklee untuk meningkatkan kesuburan.

1. B Complex

Suplemen ini sangat penting untuk wanita yang hamil dan merancang untuk hamil.Vitamin ini mengandungi asid folik yang sangat diperlukan untuk ibu dan bayi dalam kandungan.Ia mengandungi 8 jenis vitamin B yang membantu memelihara kesihatan yang baik.B Complex juga membantu menukarkan protien,lemak dan karbohidrat kepada tenaga.

2. Alfalfa Complex


Vitamin sangat sesuai untuk masalah dalaman wanita.Ia dapat mengatasi masalah keputihan,kitaran haid yang tidak teratur dan PMS.Ia juga dikenali sebagai 'vitamin cinta' kerana dapat atasi masalah sakit ketika bersama dan mengeratkan hubungan suami isteri.Selain itu, ia juga dapat mengurangkan toksin dan merendahkan kolesterol.

3. GLA Complex


Merupakan vitamin yang penting untuk meningkatkan kesuburan wanita.Ia dapat mengasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti.Cecair yang dihasilkan dapat membantu sperma berenangke tiub fallopia dan hidup lebih lama iaitu sehingga hari ke-5 bersama.Vitamin ini juga dapat menstabilkan hormon dan menstabilkan kitaran haid.

Bagaimana hendak dapatkah set budget kesuburan di atas?Anda boleh hubungi nombor di bawah atau terus tekan link PESAN SEKARANG.....

FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad