Pages

Monday 7 July 2014

Kolesterol Adalah Penyebab Utama Penyakit Jantung

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan.Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia.Terdapat dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Makanan yang mendatangkan kolesterol seperti daging,ayam,ikan dan produk tenusu.Selepas makan,kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protien.Kolesterol yang bersalut protien ini dipanggil Chylomicron.

Seseorang individu yang terdedah kepada serangan jantung bila mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotien LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri,menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol.Semakin lama plak kolesterol yang terkumpul  kan menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit atau dipanggil proses atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung.Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis,ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung.Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit,ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati untuk dibuang menerusi hempedu.Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah.Selepas makan,hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah.Di antara waktu makan,hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali ia bergabung dengan protien khas yang dipanggil lipoprotien.Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotien ketumpatan amat rendah (VLDL) ayau lipoprotien ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah dikenali sebagai kolesterol 'jahat' manakala kolesterol HDL adalah kolesterol baik.


Bagaimana Suplemen Shaklee Dapat Membantu?
Kita perlu tahu cara dan panduan untuk mengawal dan menurunkan paras kolesterol dalam darah dengan pengambilan suplemen yang betul,bebas  dadah dan semulajadi.Di sini saya ingin kongsikan tips dan panduan untuk info kesihatan dan kebaikan bersama supaya fokus kita ialah dapat menurunkan paras kolesterol dalam darah demi kesihatan yang berkekalan.

Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol dalam badan kita.Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah.Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian.Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL).Tahap kolesterol sebanyak 200mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan penyebab untuk anda bertindak.

Anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.Bagi mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan : membuat jadual untuk ujian kolesterol,makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans,kekalkan berat yang sihat dan sentiada aktif secara fizikalnya.

Tip makan:
  • Daging merah - 1 minggu 1x sahaja
  • Daging proses - 1 bulan 1x (kalau boleh 6bln sekali)
  • Organ - hati,otak,paru,limpa dll- jangan makan
  • Kulit ayam,itik dan lain-lain - jangan makan
  • Makanan bergoreng - seminggu 2x cukuplah
  • Hasil tenusu - boleh tapi yang rendah lemak sahaja.
Suplemen dan vitamin Shaklee yang boleh membantu menurunkan paras kolesterol

1. Alfalfa & Herbalax - Berfungsi sebagai fiber di dalam usus (yang diperlukan) yang akan bergabung dengan kolesterol,air dan mineral berlebihan dan dikeluarkan sebagai najis.
2. B Complex - Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolesterol
3. Garlic - Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah
4. Omega Guard - EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol 'jahat' LDL
5. Vita C - Vitamin C membantu menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri.
6. Vita-E - Vitamin E memperbaiki peredaran darah

*MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.

Sebarang pertanyaan dan khidmat konsultasi percuma bolehlah:


FB Fanpage: zanaibuvitamin.com
Facebook: Zana Ahmad 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cab8961422e0f17f3795d82388e9204b


No comments:

Post a Comment